Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dari 2018

REFLEKSI KULIAH MINGGU 13 HMT 215 - 7 DISEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian. Kuliah pada Jumaat yang penuh berkat ini dimulakan dengan Dr. Odi memanggil nombor bilangan dalam kelas dan pemegang nombor tersebut akan kehadapan bersama kumpulannya untuk menayangkan video tutorial penggunaan perisian Antconc. Oleh itu, kumpulan saya juga perlu menunjukkan video tutorial kami. Dr. Odi juga memberitahu untuk membaikpulih video kami agar boleh difahami oleh pelajar OKU penglihatan dan OKU pendengaran. Selepas itu, dalam kumpulan yang sama kami diminta untuk membuat video bagaimana cara untuk menggunakan satu lagi perisian iaitu Atlas. Perisian ini boleh digunakan dengan mudah tetapi kumpulan kami masih lagi kabur-kabur dan kurang faham kaedah penggunaanya. Pada minggu hadapan pula, kami perlu membuat Baby Coding untuk kanak-kanak yang berumur bawah 7 tahun. Seterusnya sebelum sempat kami menemui jalan untuk menggunakan Atlas tersebut, kami per

REFLEKSI KULIAH MINGGU 13 HMT 213 - 6 DISEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta sahabat-sahabat sekalian. Kuliah minggu ini dimulakan dengan pencerahan tentang tentatif perjalanan ke Taiping, Perak pada hari Ahad ini. Dr. Odi telah menerangkan tentatif dan perkara yang perlu kami tekankan supaya perjalanan berjalan lancar. Seterusnya, Husna telah mengambil alih kuliah dengan menjalankan latihan nyanyian lagu gemuruh, sketsa lakonan dan tarian. Latihan ini perlu ditingkatkan untuk menjayakan Malam Ragaman tersebut. Hari ini juga kami telah menjumpai sebuah video yang mengajar cara gerak tangan dalam lagu ini. Saya berharap saya mudah menghafal gerak tangan tersebut agar tidak melakukan kesilapan semasa hari kejadian. Sekian, terima kasih 🐚

REFLEKSI KULIAH MINGGU 13 HMT 213 - 5 DISEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah pada hari Rabu bersamaan 5 Disember 2018 telah berjalan seperti biasa namun Dr. Odi hanya memberitahu tentang sarapan yang perlu kami bawa pada hari tersebut. Namun, kami tidak membawa dan kami telah didenda membawa dua jenis sarapan pada hari esoknya iaitu hari Khamis. Seterusnya, kuliah telah diambil alih oleh Husna untuk membuat latihan menyanyi lagu Faizal Tahir iaitu Gemuruh bagi persiapan majlis perpisahan antara pelajar Malaysia dan pelajar China : Malam Ragaman. Melalui latihan ini, saya dapati saya dapat membuang perasaan malu saya kerana perlu menyanyi dengan sepenuh hati. Sekian terima kasih.

REFLEKSI KULIAH MINGGU 12 HMT 213 - 29 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah-pensyarah HMT 213 iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah hari ini berjalan seperti biasa tetapi ada kelainan sedikit kerana Dr. Odi membelanja kami nasi lemak dan kuih-muih kerana Dr. Odi datang lewat pada kuliah semalam. Semoga rezeki Dr. Odi diberkati oleh-Nya. Pada kuliah ini, Dr. Odi telah menerangkan tentang tugasan yang perlu kami lakukan dalam kelas tutorial minggu hadapan iaitu kami perlu membentang seperti biasa namun boleh membawa teks tetapi hanya sebagai panduan. Kami diminta untuk membangkitkan isu-isu masyarakat. Selain itu, aktiviti yang kami jalankan hari ini juga ialah bagi membiasakan diri untuk menggerakkan badan ketika membentang. Jadi, Dr. Odi menyuruh kami membuat pergerakan sambil menyanyikan lagu kanak-kanak iaitu lagu tepuk amai-amai. Saya berasa sangat gembira kerana kelas tersebut sangat santai dan dapat mengajar kita bagaimana cara untuk membebaskan pergerakan bad

REFLEKSI KULIAH MINGGU 12 HMT 215 - 30 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Norsofiah dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah hari ini dimulakan apabila Dr. Odi membelanja kami sarapan pagi roti canai di kedai mamak Subaidah. Semoga rezeki Dr. Odi melimpah ruah dan diberkati. Apabila tiba sahaja di makmal bahasa, Dr. Odi memberi arahan agar berpecah kepada dua bahagian iaitu nombor bilangan dalam kelas yang ganjil dan nombor bilangan kelas yang genap. Selepas itu, kami perlu mengira dari nombor satu hingga sepuluh dan perlu membuat satu kumpulan mengikut nombor. Saya merupakan ahli dalam kumpulan 5 bersama-sama tiga orang lagi rakan iaitu Puteri Nadia, Afini dan juga Atika. Kami ditugaskan untuk membuat analisis terhadap satu berita yang terdapat dalam Berita Harian, Harian Metro, Utusan Online dan Sinar Harian menggunakan perisian Antconc yang perlu dimuatnaik ke dalam komputer. Kami berempat juga perlu membuat satu tutorial bagaimana untuk membuat analisis tersebut dengan jelas dan semua fail te

REFLEKSI KULIAH MINGGU 11 HMT 215 - 23 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Puan solakhiah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari jumaat yang berkat ini telah adanya kuliah HMT 215 seperti biasa. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr. Odi. Dr. Odi telah menunjukkan kepada kami 16 core values yang telah dilukis oleh Tuan Zahid dengan hanya menggunakan PowerPoint sahaja. Oleh itu, Dr. Odi telah memberi tugasan kepada kami untuk membuat satu core value dengan menggunakan PowerPoint. Satu kumpulan diwakili oleh 2 orang, jadi saya dan Nabila telah memilih 'diligence value'.  Di dalam gambar tersebut ada gambar orang yang sedang ingin menangkap lebah menggunakan jaring. Saya dan Nabila telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Melalui aktiviti ini, saya belajar bagaimana cara untuk membuat gabungan bentuk-bentuk dengan hanya menggunakan PowerPoint sahaja. Saya berharap aktiviti akan datang dapat menambahkan pengalaman dan ilmu mengenai literasi komputer.

REFLEKSI TUTORIAL HMT 213 - 27 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada tutorial ini, kami ditugaskan untuk membedah satu cerpen yang kami cari di perpustakaan. Oleh itu, saya memilih buku himpunan cerpen Doa Ibu karya Talib Samat dan memetik satu cerpen dari buku tersebut yang berjudul Syawal di Pusara Pak Mentua . Saya membentang di hadapan dengan perasaan yang masih lagi rasa gementar tapi saya tahu saya telah cuba yang terbaik. Cuma Dr. Odi menegur saya kerana saya menggunakan R Inggeris. Saya juga tidak sedar akan hal tersebut kerana bagi saya, saya menyebut R Melayu. Saya berharap tugasan akan datang dapat menjadikan saya lebih yakin lagi. Terima kasih 🎀

REFLEKSI KULIAH MINGGU 12 HMT 213 - 28 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kedua-dua pensyarah HMT 213 yang tidak penat-penat memberi ilmu kepada kami. Hari ini kami memberi nasi lemak kepada rakan-rakan dan Dr. Odi. Sebenarnya, ini adalah denda kepada kami kerana kami datang lewat pada hari khamis lalu. Oleh itu, saya, Nabila, Wardah, Eizzati dan juga Husna telah berbincang untuk menyediakan sarapan pagi pada hari ini. Selain itu, Dr. Odi juga telah memberi komen tentang pembentangan bedah cerpen semalam. Dr. Odi juga telah memesan untuk kami membawa pekakas dapur atau peralatan lain yang boleh mengeluarkan bunyi. Oleh itu, saya membawa sudu memandangkan saya hanya tinggal di desasiswa sahaja. Seterusnya, kami membuat bunyi-bunyian menggunakan pekakas yang kami bawa. Ada yang bawa sudu dan garfu, kunci, botol dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, kami belajar bagaimana hendak fokus dan mendenhgar arahan daripada ketua. Sekian, terima kasih 🐣

REFLEKSI MINGGU 11 HMT 213 - 22 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada hari ini, Dr. Odi telah berpesan supaya sentiasa menghubungi ibu bapa di rumah. Tidak kira melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Kata Dr. Odi, hargailah selagi mereka masih ada 😢 saya berterima kasih kepada Dr. Odi kerana sentiasa mengingatkan kami tentang itu. Kelas hari ini juga Dr. Odi telah memberi ruang kepada Husna untuk membuat latihan opera nyanyian lagu warisan oleh Sudirman. Sekian, terima kasih 💚

REFLEKSI PERJALANAN MENGHADAP KEMATIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Hari ini saya ingin menceritakan tentang suatu perjalanan menghadap kematian yang saya pernah hadapi sebelum ini. Peristiwa ini bermula apabila tiga tahun lalu iaitu pada 6 mac 2015, nenek saya telah pergi menghadap pencipta-Nya. Ketika itu, saya berumur 18 tahun dan baru sahaja pulang dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  di Cherating, Pahang. Semasa saya berada di sana, keluarga saya melawat saya sebanyak dua kali dan nenek saya juga datang ketika itu kerana itu adalah kali pertama saya berjauhan dengan nenek. Saya seorang yang susah hendak menceritakan masalah saya kepada orang lain, nenek satu-satunya orang yang saya senang untuk bercerita. Pada malam sehari sebelum nenek pergi, saya ada mengurut belakang badan nenek dan juga di bahagian kaki. Tetapi apa yang saya terkilan, saya mengurut badan nenek sambil bermain aplikasi Wechat di telefon bimbit saya. Jika say

REFLEKSI KULIAH MINGGU 9 HMT 215 - 16 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Puan solakhiah dan rakan-rakan yang disayangi sekalian. Pada kuliah ini, Dr. Odi telah memberitahu tentang tugasan yang perlu kami lakukan dalam kursus HMT 215 ini. Antaranya, kami perlu menjayakan satu projek besar iaitu membuat sebuah buku dan menterjemahkan sesuatu buku bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Penterjemahan ini perlu dibuat dalam tempoh masa 2 minggu. Jadi, setiap seorang perlu menterjemah dalam 11 muka surat sahaja. Pada pendapat saya, menterjemah sesuatu bahasa ke dalam bahasa lain bukanlah perkara yang mudah kerana kita perlu mencari frasa atau perkataan yang tepat bagi menggantikan sesuatu perkataan yang ingin diterjemahkan itu. Namun, saya akan cuba berusaha dan membuat sehabis baik dalam tugasan ini. Saya berharap tugasan kali ini dapat memberi pengalaman yang berharga dalam diri saya dan mengasah bakat saya dalam dunia penterjemahan. Sekian, terima kasih 🍁

REFLEKSI KULIAH KETIGA HMT 213 - 15 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan sekalian. Kuliah hari ini dilaksanakan dengan penuh kegembiraan dan keriangan. Kami menjawab soalan quiz di kahoot dan quizlet. Soalan-soalan yang dikemukakan semuanya berkaitan makna nama ahli kelas HMT 213. Melalui quizlet, kami ditentukan dalam kumpulan. Kumpulan kami terdapat 4 ahli iaitu saya, Fazlily, Nadirah dan juga Azra. Walaupun, kumpulan kami tidak menang dalam quiz tersebut tetapi apabila kami menjawab berulang kali menyebabkan kami sudah hafal sedikit tentang makna nama masing-masing. Saya memang mempunyai masalah untuk menghafal setiap nama dan mengecam wajah. Namun, saya tetap mencuba yang terbaik agar saya dapat mengenali ahli keluarga HMT 213 dengan lebih rapat lagi. Sekian, terima kasih 🌿

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 213 - 14 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, Dr. Odi telah membahagikan kumpulan untuk membuat dua tugasan iaitu memberi markah kepada setiap tugasan yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan kecil dan setiap tiga kumpulan perlu membuat bicara berirama tentang tema pemartabatan bahasa Melayu di USM. Saya merupakan ahli kumpulan 5 bersama beberapa lagi ahli yang lain. Kemudian, Dr. Odi memberi ulasan tentang persembahan lisan kami semalam 😅 saya berasa sungguh berdebar kerana saya kecewa dengan persembahan saya. Selepas itu, kami diberi tugas untuk mengetahui makna dan sebutan nama bagi setiap ahli kelas HMT 213 termasuk pelajar Cina. Hal ini sangat menyukarkan saya kerana saya sangat lemah dalam menghafal nama orang dan mengecam muka seseorang itu. Saya berharap esok nasib saya baik dan tidak dikenakan denda belanja satu kelas nasi lemak. Selepas itu, kami diminta untuk menghadiri program Pameran

REFLEKSI TUTORIAL HMT 213 - 13 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan seperjuangan sekalian. Pada hari tutorial tersebut, kami perlu membuat persembahan lisan : formal. Kami perlu menghafal skrip yang telah kami sediakan. Saya memilih tajuk 'Gejala Buang Anak Luar Nikah'.  Tajuk tersebut sangat relevan dengan masa kini kerana kes ini masih lagi berlaku di Malaysia walaupun telah banyak inisiatif yang dilaksanakan untuk mengatasinya. Saya merasakan tajuk tersebut agak mudah untuk dibahaskan dan dibincangkan namun akibat perasaan gementar yang terlalu mendalam telah menyebabkan persembahan saya agak kucar-kacir. Saya tidak berpuas hati dengan pembentangan saya pada hari tersebut kerana saya tahu saya boleh buat dengan lebih baik lagi. Saya berharap aktiviti tutorial akan datang dapat dilaksanakan dengan usaha yang terbaik. Sekian, terima kasih 🌷

REFLEKSI KULIAH MINGGU 8 HMT 215 - 2 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Puan Solakhiah serta rakan seperjuangan sekalian. Pada 2 November, Puan Solakhiah telah membuat satu ujian pertengahan semester iaitu dengan menggabungkan soalan bahagian artikel dengan cara pembinaan korpus dan juga wordsmith. Soalan artikel agak susah kerana saya tidak ingat akan fakta untuk menjawab soalan tersebut. Hanya beberapa kata kunci sahaja yang saya ingat. Manakala, semasa membina korpus agak mudah kerana kita hanya perlu copy and paste sahaja tetapi semasa hendak membuat wordsmith, agak pening kerana saya keliru untuk menggunakan data mentah yang betul. Saya berharap ujian selama 1 jam setengah minit ini cemerlang dan memuaskan hati. Sekian, terima kasih 🎈

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan tersebut. Jika bun

REFLEKSI KULIAH PERTAMA HMT 213 - 1 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian. Pada 1 november lalu iaitu pada hari khamis telah bermula kuliah komunikasi lisan yang dikelola oleh Dr. Odi. Dr. Odi seperti biasa menyuruh kami menyediakan sebuah kertas A4 yang bertulis nama penuh besar-besar dan dilipat sebanyak 16 bahagian. Saya sudah agak akan ada aktiviti yang akan dilakukan pada kelas tersebut, ternyata benar jangkaan saya. Kami perlu membuat tugasan spontan mengenai lirik lagu Suci Dalam Debu. Saya sangat takut jika nama saya dipanggil kerana suara saya yang perlahan menjadi penghalang untuk aktiviti ini. Namun, jika nama saya dipanggil saya terpaksa untuk belajar menguatkan suara. Tetapi, saya betul-betul enjoy dengan kelas Dr. Odi kerana gelagat beliau yang begitu bersahaja membuatkan saya berasa kurang malu. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi ilmu baru. Sekian, terima kasih 🍀

TUGASAN HMT 213 - LAGU SUCI DALAM DEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang sebuah lagu yang tak asing lagi dalam dunia seni sejak zaman 90-an lagi iaitu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim. Walaupun, lagu tersebut sudah lama popular, namun lagu tersebut masih menitir di bibir-bibir remaja masa kini. ★ Makna disebalik lagu Suci Dalam Debu Engkau bagai air yang jernih 🔹Itulah diri kita yang sebenar iaitu roh Di dalam bekas yang berdebu 🔹Jasad atau badan yang asalnya di jadikan dari tanah Zahirnya kotoran itu terlihat 🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain kesucian terlindung jua 🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan diambil peduli Cinta bukan hanya di mata 🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata atau solat Cinta hadir di dalam jiwa 🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih atau zikrullah Biarlah salah di mata mereka 🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat Biar

REFLEKSI KULIAH KETUJUH HMT 211 - 31 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah terakhir bersama Puan Niza sangat seronok kerana adanya penampilan istimewa Dr. Odi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Banyak yang saya pelajari seperti cara penggunaan perisian yang mengkaji fonetik iaitu PRAAT. Praat sangat mudah digunakan berbanding perisian lain. Selain itu, saya suka dengan cara Dr. Odi yang sangat bersahaja dan santai membuatkan kami tak bosan. Saya berharap kuliah akan datang memberi ilmu dan pengalaman lagi. Sekian, terima kasih 💕

REFLEKSI TUGASAN MINGGU 7 - HMT 213

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada minggu ke-7, kuliah tidak dapat dijalankan seperti biasa berikutan musim konvokesyen yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). Oleh itu, Dr. Norsofiah telah memberi dua tugasan untuk dilaksanakan pada minggu tersebut. Tugasan yang pertama ialah setiap kumpulan yang terdiri daripada 3 ahli kumpulan perlu menemubual seorang graduan PhD yang menerima ijazah doktor falsafah pada hari Selasa bersamaan dengan 23 November 2018. Ahli kumpulan kami terdiri daripada saya, Nursyuhada binti Mohamad Jazni dan Safiah. Kami telah menemubual seorang graduan yang menerima ijazah doktor falsafah Perumahan,  pembangunan dan Perancangan (HBP). Video tersebut perlu dimuatnaik di akaun YouTube. Nama beliau ialah Nurul Zahirah Binti Mokhtar Aziz. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian beliau di peringkat ijazah doktor falsafah dengan jayanya. Kami telah menanyakan beliau dengan tiga

REFLEKSI KULIAH KE-12 HMT 213 - 18 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah yang tidak jemu mengajar iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian yang tidak jemu belajar. Pada hari khamis iaitu 18 Oktober 2018, kami banyak melakukan quiz di atas talian iaitu di mentimeter dan juga kahoot. Kedua-dua quiz atas talian ini berdasarkan tajuk komunikasi bukan verbal. Quiz tersebut diadakan bagi mengukuhkan kefahaman kami mengenai komunikasi bukan verbal ini. Pada hari ini juga, baru saya mengetahui bahawa pakaian dan warna juga merupakan satu komunikasi bukan verbal. Sebagai contoh, wanita yang memakai skirt akan dianggap sebagai seorang model dan pakaian yang berwarna hitam dianggap sebagai pakaian formal. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberikan input yang berguna dan boleh saya praktikkan di dalam dunia yang sebenar. Sekian, terima kasih ✨

REFLEKSI KULIAH KE-11 HMT 213 - 17 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada hari rabu bersamaan dengan 17 Oktober 2018 telah diadakan kuliah bagi HMT 213. Tajuk perbincangan pada hari tersebut ialah Komunikasi Bukan Verbal. Komunikasi bukan verbal ialah komunikasi yang menggunakan bahasa tubuh badan iaitu dari segi ekspresi muka, jarak, ruang, sentuhan dan pergerakan fizikal. Komunikasi bukan verbal ini tidak menggunakan lisan namun banyak menggunakan simbol atau lambang. Dr. Norsofiah telah menayangkan video mengenai tajuk ini dan kami perlu menyenaraikan setiap isi penting yang terdapat dalam video tersebut. Seterusnya, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar untuk mempersembahkan gaya dalam komunikasi bukan verbal dan kumpulan lain perlu meneka apakah gaya yang kami tunjukkan yang berkait dengan ciri-ciri komunikasi bukan verbal. Saya berharap kuliah akan datang memberi lebih banyak ilmu dalam bidang komunikasi lisan. Sekian, terima kasih ✔

REFLEKSI KULIAH KEENAM HMT 211 - 17 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah keenam kursus fonetik pada hari rabu yang bertarikh 17 Oktober 2018 telah diadakan aktiviti membuat model saluran senggital, larinks dan juga model telinga. Model-model anggota badan tersebut dilakukan bagi memberi gambaran yang jelas kepada seorang sahabat istimewa kita iaitu Mahavithia atau Vithia agar lebih memahami dan mengetahui bagaimana bentuk dan rupa alat-alat tersebut yang beliau tidak pernah lihat selama ini. Aktiviti ini sangat berguna kerana dapat membantu pelajar kurang upaya sekali gus membantu pelajar yang lain untuk lebih mengenali bahagian-bahagian yang terlibat dalam penghasilan bunyi konsonan dan vokal. Terima kasih juga kepada Pusat Pengajian Seni kerana membantu menyediakan model telinga yang sangat sempurna dan hampir menyerupai telinga yang sebenar. Saya juga lebih terdedah dengan bentuk-bentuk model tersebut yang sangat penting dalam bidang fonetik. Saya berhar

REFLEKSI KULIAH KELIMA HMT 211 - 10 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza dan sahabat seperjuangan sekalian. Kuliah bagi kursus Fonetik HMT 211 yang seperti biasa diadakan di Dewan Kuliah G telah gamit apabila kami diminta untuk membawa sehelai selendang, tudung atau kain tuala kecil ke kelas pada malam tersebut. Kami tertanya-tanya apakah tujuannya kain tersebut dibawa dan apa kaitannya terhadap kelas fonetik ini. Rupa-rupanya kami diminta untuk membuat satu tugasan iaitu menunjukkan cara mengajar sebutan huruf konsonan dan huruf vokal kepada pelajar kurang upaya. Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli, seorang ahli perlu menjadi pengajar, seorang lagi menjadi tukang rakam video pengajaran dan seorang lagi perlu menutup mata menggunakan kain tersebut supaya kelihatan seperti pelajar kurang upaya yang tidak dapat melihat alam sekeliling. Kami membuat tugasan tersebut dengan sangat teliti dan bersungguh-sungguh. Ahli kumpulan saya ialah Nurul Nabila dan Nur Farahida Farhana. Kami bertiga berkerjasama

REFELKSI KULIAH KEEMPAT HMT 211 - 3 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza serta rakan-rakan seperjungan sekalian. Pada kuliah keempat kursus Fonetik ini iaitu pada 3 Oktober 2018, Puan Niza telah membincangkan tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak tidak boleh bertutur berbanding orang dewasa? Hal ini kerana jarak antara larinks dengan rongga oral kanak-kanak terlalu dekat berbanding jarak orang dewasa. Selain itu, Puan Niza juga ada menyebut tentang 4 komponen utama mekanisme dalam pertuturan. Dalam bidang Fonetik ini terdapat banyak ilmu yang perlu ditimba untuk menjadi ahli fonetik yang betul-betul memahami cabang ini. Semoga kuliah akan datang dapat memberi ilmu pengetahuan yang lebih lagi. Sekian, terima kasih 💝

REFLEKSI KULIAH KESEPULUH HMT 213 - 11 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Hari ini merupakan kuliah kesepuluh bagi kursus HMT 213 yang diadakan di Dewan Kuliah O selama satu jam bermula dari 8 pagi sehingga 9 pagi. Waktu kuliah yang singkat ini dipenuhi dengan perkongsian ilmu oleh Dr. Norsofiah mengenai aspek pendengaran dalam komunikasi. Dr. Norsofiah telah menayangkan dua lagi video mengenai 'stand comedy' oleh Harith Iskandar dan juga Douglas Lim. Apabila melihat dua video tersebut, kami telah tergelak besar kerana kami memahami lawak yang terdapat dalam video tersebut. Hal ini kerana kedua-dua mereka itu ialah orang Malaysia dan lawak yang digunakan juga sesuai dengan masyarakat Malaysia. Oleh itu, lawak yang mereka buat telah menarik perhatian masyarakat Malaysia seperti kami untuk mendengar video tersebut di YouTube. Selepas itu, kami perlu menjawab soalan quiz secara atas talian di laman sesawang Quizizzz iaitu di www.quizizz.com.my.

REFLEKSI KULIAH KESEMBILAN HMT 213 - 10 OKTOBER 2018

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada pensyarah yang tidak penat mencurahkan ilmu dan bakti iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada hari ini iaitu hari Rabu bersamaan 10 Oktober 2018, kuliah telah diteruskan dengan berbincang tentang aspek komunikasi yang perlu diambil kira iaitu aspek pendengaran. Aspek pendengaran ini berkait dengan proses mendengar. Semasa kuliah dijalankan, Dr. Norsofiah telah menayangkan sebuah video di Youtube iaitu video 'stand comedy' oleh Kevin Hart yang sangat dikenali dengan lawak komedinya dalam kalangan masyarakat Barat. Video tersebut tidak mempunyai sarikata atau 'subtitile' membuatkan kami agak tercengang ketika mendengar bait-bait percakapannya kerana sebutan beliau yang agak laju membuatkan kami tidak faham lawak yang ingin disampaikan sementara penonton di dalam video tersebut telah ketawa terbahak-bahak. Rupa-rupanya kami hanya 'hear' dan bukan 'listen'.  'Hear'

REFLEKSI KULIAH KELIMA DAN TUTORIAL HMT 215 - 12 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr odi dan Puan Solakhiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Hari ini merupakan kuliah kursus HMT 215 kali yang kelima. Hari ini juga turut diadakan quiz seperti minggu lepas namun kami hanya perlu membaca artikel sebanyak tiga tajuk sahaja berbanding minggu lepas. Soalan kali ini agak begitu mencabar minda namun saya cuba menjawab dengan sehabis baik. Tutorial juga dijalankan seperti biasa dan pembinaan korpus kali ini menggunakan akhbar online untuk dijadikan bahan ilmiah. Jadi,  kumpulan saya perlu mengambil Sinar Harian untuk membina korpus. Cara pembinaan korpus sama sahaja seperti minggu lepas dan saya kini lebih mahir dalam 'copy and paste' cuma, masih ada kekeliruan dalam proses menggabungkan kesemua Notepad tersebut. Saya berharap kuliah akan datang memberi saya lebih banyak pengalaman dan ilmu yang tidak mampu dijual beli. Sekian, terima kasih 🎈

REFLEKSI KULIAH KEEMPAT DAN TUTORIAL HMT 215 - 5 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah HMT 215 yang tidak lelah mencurahkan ilmu iaitu Dr. Odi dan Puan Solakhiah serta rakan-rakan sekalian yang banyak membantu. Hari ini yang bertarikh 5 Oktober 2018 bersamaan dengan hari Jumaat telah dilaksanakan kuliah keempat bagi kursus ini. Pada hari ini juga dijalankan tutorial bagi pembinaan korpus menggunakan komputer. Di awal permulaan kelas telah adanya quiz berkaitan dengan empat tajuk artikel yang perlu dibaca mengenai kajian lepas. Kami perlu menjawab dengan jujur dan amanah. Bagi saya, soalan tidak terlampau susah jika kita betul-betul membaca dan memahami artikel tersebut. Selepas quiz selesai, Puan Solakhiah meminta kami untuk membuka komputer di Makmal Bahasa 2 atau komputer riba milik sendiri bagi membina korpus secara amali. Kami diasingkan mengikut waktu tutorial jadi, terdapat tiga kumpulan waktu tutorial yang berbeza. Saya tergolong daripada kumpulan tiga iaitu waktu tutorial jam 12 tengahari sehingga 1 petang.

REFLEKSI KULIAH KELAPAN HMT 213 - 4 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Odi serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Hari ini merupakan kuliah kelapan bagi kursus HMT 213. Di awal permulaan kuliah, Dr. Norsofiah telah menunjukkan satu video mengenai taboo iaitu pantang larang yang masih lagi dipercayai di Malaysia. Taboo ini masih relevan sehingga kini kerana terdapat banyak rasional di sebalik pantang larang tersebut. Selepas itu, kami perlu menulis dua soalan di atas sekeping kertas kajang dan perlu memberi kepada orang di belakang untuk dijawab. Saya mendapat satu soalan daripada seorang pelajar perempuan dari China yang menanyakan apakah lagi pantang larang yang digunakan di Malaysia? Seterusnya, Dr. Norsofiah menulis nama di paparan hadapan untuk membuat satu permainan iaitu permainan roda impian. Jika roda tersebut berhenti pada nama tersebut, tuan empunya nama perlu membaca jawapannya mengenai dua soalan tadi. Selepas itu, kami perlu menjawab enam soalan di atas talian dalam laman

REFLEKSI KULIAH KETUJUH HMT 213 - 3 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Odi serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada 2 Oktober iaitu bersamaan dengan hari Rabu, kuliah ketujuh bagi kursus HMT 213 telah berjaya berjalan seperti biasa. Pada awal permulaan kelas, sebuah kumpulan telah membentang tentang satu menara yang dibina minggu lepas. Kemudian, Dr. Norsofiah telah meminta kami untuk memasuki laman web www.mentimeter.com dan menjawab satu soalan yang berbunyi "Apakah itu budaya?". Kami menjawab dengan penuh dedikasi. Selepas menjawab soalan tersebut, Dr. Norsofiah membincangkan jawapan-jawapan kami. Kesemua jawapan kami adalah benar namun kurang tepat. Seterusnya, kami juga diminta untuk menjawab soalan di laman web www.socrative.com yang mengandungi tiga soalan berkaitan dengan budaya. Kami menjawab dengan penuh ketenangan. Dr. Norsofiah juga membincangkan jawapan-jawapan kami secara rawak dan menerangkan serba sedikit tentang budaya. Budaya ialah sesuatu yang dikongsi ber

REFLEKSI KULIAH KETIGA HMT 215 - 28 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Pn. Solakhiah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada 28 September, Jumaat penghulu segala hari telah berlangsungnya kuliah ketiga bagi kursus HMT 215 yang dikendalikan oleh Pn. Solakhiah. Seminggu sebelum kuliah berlangsung, Pn. Solakhiah telah memberikan kami dua buah nota yang perlu dibaca kerana akan ada quiz di awal kelas tersebut. Quiz mengenai korpus ini telah dijalankan dan kami diminta untuk menjawab dengan jujur. Antara nota yang kami diminta untuk membaca ialah English Corpus Linguistics An Introduction karya Charles F. Meyer dan Projects In Linguistic : A Practical Guide To Researching Language karya Alison Wray dan Aileen Bloomer. Dua bahan tersebut perlu dibaca sebelum menduduki quiz. Selain itu, kami juga diajar untuk membuat bibliografi dengan betul kerana cara penulisan bibliografi yang kami gunakan selama ini adalah salah dan tidak menepati piawaian yang betul. Pn. Solakhiah banyak memberi kami tunjuk aja

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 211 - 26 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian 💓 Pada 26 September lalu telah dijalankan kuliah bagi kursus HMT 211 iaitu Fonetik. Dalam kuliah tersebut, Pn Niza telah menyentuh tentang alat-alat pertuturan manusia. Sementara itu, kita juga belajar tentang jenis-jenis fonasi serta pemerolehan bahasa kanak-kanak. Ilmu ini penting bukan sahaja dalam peperiksaan, ia juga penting dalam kehidupan seharian. Pn Niza juga menyarankan agar pelajar sastera juga menggunakan buku anatomi daripada bidang sains sebagai rujukan kita bukan hanya bergantung kepada buku sastera semata-mata. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang lebih lagi. Sekian, terima kasih 🌸

REFLEKSI KULIAH KEENAM HMT 213 - 27 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam saya sayang USM kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Odi serta rakan seperjuangan sekalian. Hari ini bersamaan 27 September, kuliah keenam bagi kursus HMT 213 telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti kami pada hari ini ialah pembentangan daripada setiap kumpulan mengenai projek menara yang dibina semalam. Kami perlu membentang tentang kelebihan menara kumpulan masing-masing. Walaupun, kumpulan kami iaitu kumpulan Koala membina menara yang rendah dan tidak setinggi menara kumpulan lain namun, menara kami kukuh dan comel kerana terdapat satu origami berbentuk hati yang melambangkan cinta kami terhadap major Bahasa Melayu 💓 Semua kumpulan hebat-hebat belaka, masing-masing menunjukkan kehebatan menara rekaan sendiri. Menara Bola-bola Cinta kami diberi perhatian oleh Dr. Norsofiah dan rakan-rakan kerana menara kami comel dan unik. Saya juga berterima kasih kepada rakan kumpulan saya iaitu Nabila, Syaza dan juga seorang pelajar dari China, Adib. Tanpa mereka, menara Bo

REFLEKSI PROGRAM CITRA BESTARI - 21 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam Malaysia baru kepada Dr. Odi dan Pn. Niza serta rakan-rakan yang disayangi sekalian. Pada hari Jumaat lalu yang bertarikh 21 September 2018 telah diadakan satu program perkongsian ilmu oleh seorang alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang kini sudah bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah di selatan Malaysia iaitu di Johor. Program tersebut diberi nama Program Citra Bestari yang dirancang sendiri oleh Pn. Niza. Program tersebut diadakan pada pukul 8 malam sehingga 10 malam di Dewan Kuliah T. Pelajar HMT 211 diwajibkan untuk menghadiri program tersebut kerana banyak input yang disampaikan oleh Encik Mohammad Rozi bin Kasim atau lebih mesra digelar cikgu Rozi. Cikgu Rozi banyak memberi pengetahuan dan ilmu tambahan yang berkaitan dengan cabang fonetik. Memandangkan semester ini kami perlu mengambil kursus ini, maka program ini sangat memberi manfaat kepada kami semua.  Cikgu Rozi banyak membetulkan cara untuk kita mengeja suatu perkataan dengan lebih

REFLEKSI KULIAH KELIMA HMT 213 - 26 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi ini jam 8 pagi hingga 9 pagi seperti biasa akan diadakan kuliah kursus HMT 213 untuk kali kelima. Sebelum itu, kami telah diminta oleh Dr. Norsofiah supaya membawa surat khabar bagi menjayakan satu aktiviti yang dirancang oleh Dr. Norsofiah. Ketika di awal permulaan kelas, kami perlu menjawab satu quiz mengenai artikel prinsip-prinsip komunikasi kemanusiaan di laman web www.quizlet.live.com. Kami perlu menjawab di dalam laman web tersebut, di situlah kami dibahagikan kumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Ahli kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri iaitu Fatihah, Nabila, Shaza dan Adib. Selepas menjawab quiz yang diberikan, kami perlu membina sebuah menara dengan menggunakan surat khabar yang kami bawa. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menguji minda. Namun, penentuan keputusan kumpulan yang menang akan dinilai esok. Saya berharap kuliah

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai den