Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kedua-dua pensyarah HMT 213 yang tidak penat-penat memberi ilmu kepada kami.
Hari ini kami memberi nasi lemak kepada rakan-rakan dan Dr. Odi. Sebenarnya, ini adalah denda kepada kami kerana kami datang lewat pada hari khamis lalu. Oleh itu, saya, Nabila, Wardah, Eizzati dan juga Husna telah berbincang untuk menyediakan sarapan pagi pada hari ini.
Selain itu, Dr. Odi juga telah memberi komen tentang pembentangan bedah cerpen semalam. Dr. Odi juga telah memesan untuk kami membawa pekakas dapur atau peralatan lain yang boleh mengeluarkan bunyi. Oleh itu, saya membawa sudu memandangkan saya hanya tinggal di desasiswa sahaja.
Seterusnya, kami membuat bunyi-bunyian menggunakan pekakas yang kami bawa. Ada yang bawa sudu dan garfu, kunci, botol dan sebagainya.
Melalui aktiviti ini, kami belajar bagaimana hendak fokus dan mendenhgar arahan daripada ketua.
Sekian, terima kasih 🐣
Komentar
Posting Komentar