Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2018

REFLEKSI KULIAH KETIGA HMT 215 - 28 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Pn. Solakhiah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada 28 September, Jumaat penghulu segala hari telah berlangsungnya kuliah ketiga bagi kursus HMT 215 yang dikendalikan oleh Pn. Solakhiah. Seminggu sebelum kuliah berlangsung, Pn. Solakhiah telah memberikan kami dua buah nota yang perlu dibaca kerana akan ada quiz di awal kelas tersebut. Quiz mengenai korpus ini telah dijalankan dan kami diminta untuk menjawab dengan jujur. Antara nota yang kami diminta untuk membaca ialah English Corpus Linguistics An Introduction karya Charles F. Meyer dan Projects In Linguistic : A Practical Guide To Researching Language karya Alison Wray dan Aileen Bloomer. Dua bahan tersebut perlu dibaca sebelum menduduki quiz. Selain itu, kami juga diajar untuk membuat bibliografi dengan betul kerana cara penulisan bibliografi yang kami gunakan selama ini adalah salah dan tidak menepati piawaian yang betul. Pn. Solakhiah banyak memberi kami tunjuk aja

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 211 - 26 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian 💓 Pada 26 September lalu telah dijalankan kuliah bagi kursus HMT 211 iaitu Fonetik. Dalam kuliah tersebut, Pn Niza telah menyentuh tentang alat-alat pertuturan manusia. Sementara itu, kita juga belajar tentang jenis-jenis fonasi serta pemerolehan bahasa kanak-kanak. Ilmu ini penting bukan sahaja dalam peperiksaan, ia juga penting dalam kehidupan seharian. Pn Niza juga menyarankan agar pelajar sastera juga menggunakan buku anatomi daripada bidang sains sebagai rujukan kita bukan hanya bergantung kepada buku sastera semata-mata. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang lebih lagi. Sekian, terima kasih 🌸

REFLEKSI KULIAH KEENAM HMT 213 - 27 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam saya sayang USM kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Odi serta rakan seperjuangan sekalian. Hari ini bersamaan 27 September, kuliah keenam bagi kursus HMT 213 telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti kami pada hari ini ialah pembentangan daripada setiap kumpulan mengenai projek menara yang dibina semalam. Kami perlu membentang tentang kelebihan menara kumpulan masing-masing. Walaupun, kumpulan kami iaitu kumpulan Koala membina menara yang rendah dan tidak setinggi menara kumpulan lain namun, menara kami kukuh dan comel kerana terdapat satu origami berbentuk hati yang melambangkan cinta kami terhadap major Bahasa Melayu 💓 Semua kumpulan hebat-hebat belaka, masing-masing menunjukkan kehebatan menara rekaan sendiri. Menara Bola-bola Cinta kami diberi perhatian oleh Dr. Norsofiah dan rakan-rakan kerana menara kami comel dan unik. Saya juga berterima kasih kepada rakan kumpulan saya iaitu Nabila, Syaza dan juga seorang pelajar dari China, Adib. Tanpa mereka, menara Bo

REFLEKSI PROGRAM CITRA BESTARI - 21 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam Malaysia baru kepada Dr. Odi dan Pn. Niza serta rakan-rakan yang disayangi sekalian. Pada hari Jumaat lalu yang bertarikh 21 September 2018 telah diadakan satu program perkongsian ilmu oleh seorang alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang kini sudah bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah di selatan Malaysia iaitu di Johor. Program tersebut diberi nama Program Citra Bestari yang dirancang sendiri oleh Pn. Niza. Program tersebut diadakan pada pukul 8 malam sehingga 10 malam di Dewan Kuliah T. Pelajar HMT 211 diwajibkan untuk menghadiri program tersebut kerana banyak input yang disampaikan oleh Encik Mohammad Rozi bin Kasim atau lebih mesra digelar cikgu Rozi. Cikgu Rozi banyak memberi pengetahuan dan ilmu tambahan yang berkaitan dengan cabang fonetik. Memandangkan semester ini kami perlu mengambil kursus ini, maka program ini sangat memberi manfaat kepada kami semua.  Cikgu Rozi banyak membetulkan cara untuk kita mengeja suatu perkataan dengan lebih

REFLEKSI KULIAH KELIMA HMT 213 - 26 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi ini jam 8 pagi hingga 9 pagi seperti biasa akan diadakan kuliah kursus HMT 213 untuk kali kelima. Sebelum itu, kami telah diminta oleh Dr. Norsofiah supaya membawa surat khabar bagi menjayakan satu aktiviti yang dirancang oleh Dr. Norsofiah. Ketika di awal permulaan kelas, kami perlu menjawab satu quiz mengenai artikel prinsip-prinsip komunikasi kemanusiaan di laman web www.quizlet.live.com. Kami perlu menjawab di dalam laman web tersebut, di situlah kami dibahagikan kumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Ahli kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri iaitu Fatihah, Nabila, Shaza dan Adib. Selepas menjawab quiz yang diberikan, kami perlu membina sebuah menara dengan menggunakan surat khabar yang kami bawa. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menguji minda. Namun, penentuan keputusan kumpulan yang menang akan dinilai esok. Saya berharap kuliah

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai den

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 215 - 21 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Pn. Solakhiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.  Hari ini iaitu hari Jumaat bersamaan 21 September 2018, kuliah kedua bagi kursus HMT 215 telah dilaksanakan di Makmal Bahasa 1 bersama Pn. Solakhiah. Di awal permulaan kelas, Pn. Solakhiah telah menanyakan soalan tentang makna linguistik dan bahasa. Kami diarahkan untuk menulis jawapan masing-masing di atas sekeping kertas dan dihantar ke hadapan. Pn. Solakhiah telah menayangkan kertas jawapan kami di paparan hadapan supaya semua pelajar dapat melihat jawapan dan berbincang tentang jawapan yang sebenar.  Maksud linguistik adalah sebuah cabang ilmu yang mempelajari bahasa. Linguistik ini juga merupakan kajian bahasa secara saintifik. Kajian adalah suatu penyelidikan mengenai kebenaran sesuatu perkara. Dalam kaedah penyelidikan, kita perlu mencari bukti untuk membuktikan kebenaran sesuatu fakta. Kaedah saintifik pula perlu membuat eksperimen dan pemerhatian. Di alam persekolah j

REFLEKSI TUTORIAL PERTAMA HMT 213 - 18 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam saya sayang USM kepada Dr. Norsofiah. Pada hari selasa iaitu 18 September 2018, saya dan rakan-rakan telah menjalani kelas tutorial pertama bagi kursus HMT 213. Dr. Norsofiah seorang sahaja yang mengendalikan kelas tutorial tersebut. Walaupun kelas tutorial tersebut diadakan pada waktu petang iaitu pada jam 6 petang sehingga 7 malam, namun saya tidak berasa penat atau pun mengantuk. Hal ini adalah disebabkan kerana Dr. Norsofiah menggunakan pendekatan yang lebih menarik perhatian kami dengan mengarahkan kami untuk membaca satu petikan di slide paparan seorang demi seorang. Hal ini adalah untuk mengesan percakapan kami mempunyai unsur dialek atau tidak. Saya merupakan anak kelahiran negeri Pahang dan tinggal di kawasan FELDA menyebabkan saya tidak bercakap menggunakan dialek pahang. Saya hanya menggunakan bahasa Melayu biasa sahaja. Kemudian, Dr. Norsofiah memberikan kami tugasan pertama iaitu kami perlu membuat video yang bertajuk 'Gaya Saya'. Video

REFLEKSI KULIAH KEEMPAT HMT 213 - 20 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah.  Kuliah keempat bagi HMT 213 hari ini dikendalikan oleh Dr. Norsofiah sahaja. Aktiviti hari ini kami menyambung pembentangan bagi kumpulan 2,3 dan 4 mengenai perbezaan dan persamaan antara guru 1 dan juga guru 2 dalam teknik penyoalan kepada pelajar-pelajar. Dr. Norsofiah memberi kuliah dalam bentuk yang lain iaitu dalam bentuk perbincangan bersama-sama. Masing-masing perlu memberi pendapat dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang cara penyoalan yang berkesan. Selain itu, Dr. Norsofiah juga menunjukkan video mengenai rancangan di Astro Awani yang membabitkan temu bual antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan pengacara iaitu Ashwad. Video tersebut menunjukkan skill-skill tentang penyoalan yang boleh digunakan. Ashwad menggunakan teknik penyoalan yang sangat berkesan. Melalui cara ini, kami dapat mempelajari teknik penyoalan secara berkesan dan jelas. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi banyak lagi ilmu yang berguna

REFLEKSI KULIAH KETIGA HMT 213 - 19 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah.  Pada hari ini iaitu 19 September 2018 jam 8 pagi sehingga 9 pagi telah diadakan kuliah ketiga bagi kursus HMT 213 iaitu komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu. Dalam kuliah ini, kami telah diberi arahan oleh Dr. Norsofiah untuk membuat aktiviti bedah artikel. Artikel yang digunakan dalam aktiviti ini tadi bertajuk Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian. Kami diagihkan kepada lima kumpulan dan saya mendapat kumpulan kelima. Kami diberi tajuk tugasan untuk menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara guru 1 dan guru 2. Kami diminta untuk berbincang sesama ahli di dalam kumpulan dan menyenaraikannya. Senarai tersebut perlulah diletak di dalam padlet yang telah disediakan oleh Dr. Norsofiah. Kemudian, seorang wakil dari setiap kumpulan perlu membentang dihadapan dan dirakam oleh seorang rakan lagi. Saya berharap kuliah akan datang memberi saya lebih banyak lagi pengala

REFLEKSI KULIAH PERTAMA HMT 215 - 14 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam saya sayang USM kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah.  Kuliah pertama bagi subjek HMT 215 iaitu Literasi Komputer Dalam Bidang Linguistik yang berlangsung di Makmal Bahasa 1 pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi setiap hari jumaat. Dalam tempoh masa 2 jam tersebut, Dr. Odi telah memberikan taklimat mengenai cara bagaimana untuk menggunakan teknologi komputer yang memudahkan kerja harian kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan aktiviti harian kita memerlukan kita untuk menggunakan teknologi moden seperti gajet. Kami diminta untuk membawa komputer riba bagi memudahkan pengajaran disampaikan secara jelas.  Selepas kelas HMT 215, Dr. Odi memberikan maklumat penggunaan teknologi dalam Bengkel Kemahiran Menggunakan Teknologi sehingga jam 12 tengah hari. Kehadiran pelajar senior yang juga bermajorkan pengajian bahasa Melayu memeriahkan lagi suasana bengkel tersebut. Pensyarah juga menayangkan video yang telah dibuat oleh pelajar senior yang dimuat naik di akaun Y

REFLEKSI RANGKA KURSUS HMT 213

Assalamualaikum kepada Dr Odi dan Dr Norsofiah. Melalui pemerhatian dan penelitian terhadap rangka kursus yang telah dimuat naik oleh Dr Norsofiah di lama Facebook, maklumat yang terkandung sangat jelas untuk difahami serta mudah untuk diambil perhatian oleh para pelajar. Maklumat tersebut juga tidak keliru dan tidak begitu padat sehingga menyukarkan pembaca. Dalam kursus HMT 213 mengajar kita cara untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Hal ini disebabkan oleh terdapat banyak gangguan yang boleh menghalang maklumat untuk sampai kepada audiens. Kursus ini mengajar kita untuk menggunakan kaedah yang baik dan memudahkan sesuatu informasi itu disampaikan. Maklumat yang diterima itu juga jelas dan difahami. Kursus HMT 213 ini juga memberi panduan kepada kita untuk lebih berhati-hati dalam berkomunikasi untuk mengelakkan sebarang salah faham antara dua pihak. Rangka kursus ini juga merupakan panduan untuk para pelajar merujuk subtopik yang akan diajarkan oleh pensyarah sebelum kelas

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 213 - 13 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum kepada Dr Odi dan Dr Norsofiah. Alhamdulillah, kita masih lagi dapat sama-sama menjalani kuliah kedua bagi subjek Komunikasi Lisan Bahasa Melayu HMT 213 pada 13 September 2018 yang diadakan di Dewan Kuliah O. Kelas selama 50 minit itu sangat menghiburkan kerana kami membuat satu aktiviti iaitu ice breaking. Ice breaking merupakan suatu permainan yang bertujuan bagi mengenali ahli kumpulan dengan lebih dekat lagi. Oleh kerana kelas HMT 213 telah menggabungkan pelajar dari dua buah negara iaitu Malaysia dan China, hal ini telah menyebabkan terdapat pelbagai jurang yang menyukarkan untuk kami berkenalan antara satu sama lain. Daripada permainan ice breaking ini, kami dapat mengenali sesama kami dan sekali gus dapat merapatkan hubungan antara dua negara. Pelajar-pelajar dari China sangat memberi kerjasama yang baik. Hal ini telah menyebabkan kelas tersebut gamat dan menyeronokkan termasuklah keletah pensyarah-pensyarah yang santai. Saya berharap kuliah akan datang dapat m

REFLEKSI KULIAH PERTAMA HMT 213 - 12 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum kepada pensyarah sekalian. Saya Nurul Fatihah Binti Hasrin merupakan pelajar tahun dua Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Pada 12 September 2018 merupakan hari pertama kuliah dalam semester ketiga saya. Kuliah bagi subjek HMT 213 iaitu Komunikasi Lisan Dalam Bahasa Melayu tersebut diadakan pada pukul 8 pagi sehingga 8.50 pagi. Dalam masa 50 minit ini kami telah melaksanakan pelbagai jenis aktiviti yang menghiburkan seperti berswafoto bersama rakan sebelah, pensyarah dan menyanyikan lagu patriotik yang berjudul setia nyanyian Faizal Tahir. Pensyarah bagi subjek ini iaitu Dr Radiah Yusoff dan Dr Norsofiah Abu Bakar. Pensyarah-pensyarah ini sangat baik dan banyak memberi maklumat yang sangat berguna tentang subjek ini. Saya berharap kuliah akan datang juga dapat memberi saya pengalaman yang berguna. Sekian, terima kasih.