Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah.
Kuliah keempat bagi HMT 213 hari ini dikendalikan oleh Dr. Norsofiah sahaja. Aktiviti hari ini kami menyambung pembentangan bagi kumpulan 2,3 dan 4 mengenai perbezaan dan persamaan antara guru 1 dan juga guru 2 dalam teknik penyoalan kepada pelajar-pelajar. Dr. Norsofiah memberi kuliah dalam bentuk yang lain iaitu dalam bentuk perbincangan bersama-sama. Masing-masing perlu memberi pendapat dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang cara penyoalan yang berkesan. Selain itu, Dr. Norsofiah juga menunjukkan video mengenai rancangan di Astro Awani yang membabitkan temu bual antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan pengacara iaitu Ashwad. Video tersebut menunjukkan skill-skill tentang penyoalan yang boleh digunakan. Ashwad menggunakan teknik penyoalan yang sangat berkesan. Melalui cara ini, kami dapat mempelajari teknik penyoalan secara berkesan dan jelas. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi banyak lagi ilmu yang berguna.
Sekian, terima kasih.
Komentar
Posting Komentar