Assalamualaikum kepada Dr Odi dan Dr Norsofiah.
Melalui pemerhatian dan penelitian terhadap rangka kursus yang telah dimuat naik oleh Dr Norsofiah di lama Facebook, maklumat yang terkandung sangat jelas untuk difahami serta mudah untuk diambil perhatian oleh para pelajar. Maklumat tersebut juga tidak keliru dan tidak begitu padat sehingga menyukarkan pembaca. Dalam kursus HMT 213 mengajar kita cara untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Hal ini disebabkan oleh terdapat banyak gangguan yang boleh menghalang maklumat untuk sampai kepada audiens. Kursus ini mengajar kita untuk menggunakan kaedah yang baik dan memudahkan sesuatu informasi itu disampaikan. Maklumat yang diterima itu juga jelas dan difahami. Kursus HMT 213 ini juga memberi panduan kepada kita untuk lebih berhati-hati dalam berkomunikasi untuk mengelakkan sebarang salah faham antara dua pihak.
Rangka kursus ini juga merupakan panduan untuk para pelajar merujuk subtopik yang akan diajarkan oleh pensyarah sebelum kelas bermula. Melalui cara ini, pelajar akan lebih bersedia dan dapat menerima ilmu dengan lebih mudah. Saya sangat menyukai konsep rangka kursus ini kerana informasinya padat dan tidak meleret, hal ini telah memudahkan para pelajar yang sibuk serta tidak mempunyai banyak masa untuk membelek rangka kursus dalam tempoh masa yang lama.
Sekian, terima kasih.
Komentar
Posting Komentar