Langsung ke konten utama

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar

Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963.

Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai dengan kepakaran yang pelbagai menyangkuti hampir semua bidang kajian bahasa Melayu menjadikan beliau pusat rujukan kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Selain sumbangan beliau dalam dunia akademik dan kesarjanaan, beliau turut terlibat menganggotai agensi dan jawatankuasa penting yang membina bahasa Melayu sebagai bahasa moden pada hari ini. Jasa beliau dalam membentuk bahasa Melayu moden yang berkembang sebagai bahasa ilmu dan bahasa saintifik hari ini sangatlah besar. Beliau bukan sekadar menyumbang kepada pembentukan dasar malah memberikan pencerahan melalui tulisan-tulisan beliau baik dalam puluhan buku yang diterbitkan mahupun ratusan makalah yang diterbit atau dibentangkan. Sumbangan keilmuan Asmah Haji Omar dalam bidang bahasa Melayu sememangnya melayakkan beliau untuk digelar pendeta bahasa Melayu selepas Zaa’ba.

2) Zainal Abidin Ahmad ( Zaaba)

Zainal Abidin Ahmad juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris. Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Kemudian pada tahun 1959, Zaaba telah dianugerahkan gelaran Doktor Persuratan dari Universiti Malaya, Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 dan Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1962.

3) Awang Sariyan

Beliau dilahirkan di Kampung Rambah dan dibesarkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1977. Beliau beralih daripada bidang perguruan apabila dilantik menjadi editor dan kemudian Ketua editor di Far Eastern Publishers International pada tahun 1977. Pada tahun 1978, beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor Jurnal Dewan Bahasa dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penyelidik Kanan (Bahasa). Dalam tempoh 1986 sehingga 1988 beliau dipinjamkan ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sebagai pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan dan kemudian kembali ke DBP sebelum dilantik oleh Kementerian Pendidikan sebagai pensyarah dan kemudian Penolong Profesor Pusat Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1988 sehingga tahun 1997. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Pengajian Melayu, dan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dari 1978 hingga 2004, di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1977 sehingga 1990-an, di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1984, beliau memperoleh ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan kemudian memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa dari universiti yang sama. Beliau pernah juga berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam selama setahun.

4) Abdullah Hassan

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan lahir di Teluk Anson, Perak pada 20 Mac 1942 adalah antara ahli bahasa terkenal di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur; Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim; dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi. Prof. Abdullah Hassan juga bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini, beliau merupakan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia pada 1997 sehingga kini. Di bawah pimpinannya, beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa, iaitu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7 pada tahun 1999, Ke-8 pada tahun 2001, Ke-9 pada tahun 2003, ke- 10 pada 2005 dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21 hingga 23 November 2007. Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM).

5) Nik Safiah Karim

Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh dan cendekiawan tanah air yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikan beliau disegani ramai dan menjadi idola kepada anak-anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanah air. Latar belakang beliau, beliau dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Antara sumbangan beliau yang dapat dilihat daripada jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992. Bahasa Melayu serantau kerana mengusulkan sistem ejaan bersama Malaysia-Indonesia dalam Kongres itu. Beliau juga mengajarkan tatabahasa dan gaya bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Kolej Tunku Abdul Rahman.

6) Dato Mahamud bin Abdul

Beliau merupakan anak jati Kampung Darat, Beseri, Perlis yang dilahirkan pada 22 Julai 1948. Beliau dibesarkan di Kampung Utan Temin, Mata Ayer, Perlis. Pendidikan awal beliau adalah di sekolah Kebangsaan Oran sebelum menyambung pelajaran ke Al-Madrasah Al-Alawiyah Al- Diniyah, Arau. Disebabkan minat dalam bidang agama dan bahasa Arab, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa iaitu di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan bekas pensyarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

7) Mejar Dato Hj Muhammad Said

Said Haji Sulaiman merupakan seorang tokoh intelektual yang begitu berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Peranan dan sumbangan beliau yang begitu besar bukan sahaja sebagai orang kanan kepada Sultan Ibrahim Johor malah sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Karya-karya yang beliau hasilkan merangkumi pelbagai bidang iaitu aspek sejarah, bahasa, pengetahuan am, adat istiadat, sastera dan keagamaan. Segala ilmu yang terkandung di dalamnya melambangkan keperibadian tamadun Melayu dan menjadi sebahagian daripada sumber berharga negara. Kepelbagaian dalam penulisan beliau telah memperkayakan dan mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu. Penulisan beliau boleh dianggap sebagai karya bangsa Melayu terpenting dan antara hasil usaha pengarang Melayu terbaik pada awal abad ke-20. Sumbangan terbesar sebagai penunjang Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan) Dianugerahkan bintang kebesaran Seri Mahkota Johor, dan Seri Paduka Mahkota. Sumbangan karya bercorak sejarah Hikayat Queen Victoria (1904/5), dan Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar (1908) Buku bahasa yang dihasilkan Buku Katan PBmPB Diraja Johor (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937), Buku Ketetapan Ejaan Melayu (1941). Karya sastera - Syair Alam dan Bangsa Melayu (1935), Syair Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia dan Akhirat Juga (1935), Syair Panduan Perkahwinan (1936). Karya keagamaan - Mohammedan Calendar (1923), Pohon Agama (1946) , Penamaan bagi Nabi Muhammad S.A.W , Pemaknaan Melayu al-Quran al-Karim (1948) dan Sopan Santun dalam Islam. Karya-karya yang lain â Pemimpin bagi Mentadbir Belanja dan Menyimpan Wang, Tawarikh dan Manusia, Riwayat Military Force, Johor Zaman Baru Persekutuan, dan Riwayat Hidup Mejar Dato Mohd Said Bin Haji Sulaiman.

8) Abdullah Munsyi

Abdullah bin Abdul Kadir dianggap sebagai bapa sastera moden. Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles. Pada masa yang sama beliau telah menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian di Singapura dan Melaka. Dalam riwayat beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu. Beliau ialah pengkarya pertama yang telah lari daripada corak penulisan tradisional. Banyak antara karya beliau yang cuba diketengahkan mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya. Beliau juga menguasai bahasa Tamil, Arab, Hindustani dan bahasa Inggeris. Beliau pernah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai guru, penterjemah buku dan penulis buku.

9) Raja Ali Haji

Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa  merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk.Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat  dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

10) Prof Diraja Ungku Aziz

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 dan merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Antara sumbangan dan peranan utama Ungku Aziz kepada negara ialah pencetus idea penubuhan, dan Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971), Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968) , (Pekan buku), Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005-30.9.2008), Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009), pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II, pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mengasaskan Institut Bahasa Teikyo dan mengasaskan Universiti Malaya.

11) Muhammad Ibrahim munsyi

Muhammad Ibrahim Munsyi merupakan seorang pendidik Malaysia yang mempunyai banyak jasa di dalam perkembangan pendidikan di Johor. Muhammad Ibrahim adalah anak bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu. Pada tahun 1883, sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan. Tujuannya ialah untuk memberi pendidikan yang lebih luas, tidak hanya terbatas kepada pelajaran al-Quran sahaja. Pada tahun ini juga dibina empat buah sekolah Melayu di Johor Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat. Penubuhan sekolah Melayu ini terus berkembang ke daerah Muar, Batu Pahat dan tempat lain. Di samping itu, Muhammad Munsyi memperkembangkan sistem pendidikan Melayu. Selain Jabatan ini, beliau juga ditugaskan untuk mengawasi perkembangan sekolah Inggeris dan Cina. Beliau meninggal dunia pada 1904.

12) Prof Dato Teo Kok Seong

Mula bertugas sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau kemudiannya ditawarkan jawatan pensyarah, Prof Madya dan kini bergelar Profesor. Ketokohannya dalam memartabatkan dan memperjuangkan bahasa Melayu tidak perlu disangkal. Biarpun dibesarkan dalam keluarga Cina, Dato Kok Seong sedikit pun tidak kekok bergaul dengan kaum Melayu, bahkan lebih rapat. Nama sebenar beliau ialah Prof Datuk Dr Teo Kok Seong. Tarikh lahir beliau ialah pada 22 Mei 1953. Beliau berasal daripada Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik. Isteri beliau pula bernama Datin Chang Wai Leng. Anugerah yang disandang oleh beliau ialah Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012, Ikon Perjuang Bahasa (Akademi) 2015 dan Anugerah Datuk Paduka Setia Kelantan yang membawa gelaran Datuk pada 2012.

13) Prof Madya Dr Arbak Othman

Prof. Madya Dr. Arbak Othamn dilahirkan pada 10 Februari 1944 di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau mula berkecimpung dalam dunia puisi sajak sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun1970. Beliau telah memenangi banyak anugerah sastera. Tambahan lagi, Dr. Arbak Othamn telah dinobatkan sebagai " Doctor of Literature " di Festival Penyair Sedunia pada 25 Oktober 2013 di Pangkor, Perak Darul Aman.

Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa; antaranya termasuklah buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Munasif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu, termasuklah penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.

14) Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad

Shahnon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Ayahnya, Ahmad Abu Bakar, berasal dari bandar Medandi Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) manakala ibunya Kelsum Mohd Saman berketurunan Melayu Pattani di mana keluarganya berhijrah ke Tanah Melayu dari Kampung Poseng, Siam pada lewat kurun ke-19. Ayahnya mula-mula bekerja sebagai kakitangan dalam Jabatan Juruukur dan posmen sebelum diupah tentera British sebagai perisik mengintip pergerakan askar Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang masyarakat cukup dirasakan dan mulanya berbentuk sinis dan seks. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan menghasilkan cerpen, novel, esei serta kritikan. Namun beliau canggung menghasilkan puisi dan drama. Beliau menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di bandar-bandar. Novel pertamanya 'Rentong' (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul Terdedah. Novel ketiga 'Ranjau Sepanjang Jalan' dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh penerbit atau pengarah filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini merupakan kemuncak kerjaya novelis ini.Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest ButA Thorn. Panel The Sydney Morning Herald (1973) mengangkat novel ini satu daripada 10 novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966) yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973) yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

15) Puan Ainon Mohd

Ainon Muhammad @ Ainon Mohd. Beliau lahir di Jenjarum, Selangor pada 11 Februari 1950. Beliau merupakan seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. Kini, beliau dan suaminya, Prof Abdullah Hassan tinggal di Janda Baik, Pahang. Beliau berkhidmat di DBP dari 1973 sehingga 1988, dan pernah menjadi Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1988, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi klien beliau adalah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira-Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Di samping itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp. Di samping itu, dalam tahun 1990-an, beliau mempunyai pojok Teknik Berfikir dalam Utusan Malaysia. Penglibatan sebagai jurulatih bidang berfikir dan kreativiti serta pojok ini memberikan beliau gelaran De Bono Malaysia.

16) Sheikh Daud Abdullah

Nama penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani. Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Tok Wan Faqih Ali dari jalur ibu dan ayahnya. Dari jalur ibunya, Syeikh Daud bin Fatimah binti Syeikh Wan Abdullah bin Wan Salamah binti Tok Banda bin Tok Kaya Ratna Diraja bin Tok Wan Faqih Ali. Manakala sebelah ayahnya, Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Tok Wan Abu Bakar bin Tok Kaya Wan Pandak bin Tok Wan Faqih Ali. Keturunan dan keluarga Syeikh Daud merupakan keturunan ulama dan keluarga beliau mendominasi pengajian Islam di rantau Nusantara. Antara keluarga beliau yang juga ulama besar di Tanah Melayu dan Nusantara Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (Kg Bukit Bayas, Terengganu) dan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang (Kg. Hj Kadir, Terengganu). Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.

Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan. Antara Karya Beliau ialah Kifayatul Mubtadi fi Ushuli I'tiqadil Mursydin, Risalatu Ta'alluqi bi Kalimatil Iman, Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim, Sullamul Mubtadi fi Ma'rifatil Muhtadi, Furu'ul Masail wa Wushulul Washail, Bughyatul Tullab dan Munyatul Musolli.

17) Lie Kim Hok

Lie Kim Hok lahir pada 1 November 1853 dan merupakan seorang guru, penulis, dan pekerja sosial Cina peranakan yang aktif di Hindia Timur Belanda dan digelar "bapa kesusasteraan Melayu Cina". Dilahirkan di Buitenzorg (sekarang Bogor), Jawa Barat, Lie menerima pendidikan formalnya di sekolah misi dan pada tahun 1870 fasih berbahasa Sunda, bahasa Melayu dan Belanda, walaupun tidak dapat memahami bahasa Cina. Pada pertengahan tahun 1870-an, beliau berkahwin dan mula bekerja sebagai editor dua majalah yang disiarkan oleh gurunya dan mentor D. J. van der Linden. Beliau meninggalkan jawatan pada tahun 1880. Isterinya meninggal pada tahun berikutnya. Lie menerbitkan buku pertamanya, termasuk syair (puisi) yang terkenal, Sair Tjerita Siti Akbari dan buku tatabahasa Malajoe Batawi, pada tahun 1884. Ketika van der Linden meninggal pada tahun berikutnya, Lie membeli mesin cetak dan membuka syarikatnya sendiri.

Selama dua tahun berikutnya Lie menerbitkan banyak buku, termasuk Tjhit Liap Seng, yang dianggap sebagai novel Melayu Cina yang pertama. Beliau juga memperoleh hak percetakan untuk Pembrita Betawi, sebuah akhbar yang berpusat di Batavia (kini Jakarta), dan berpindah ke kota. Setelah menjual akhbar percetakannya pada tahun 1887, penulis menghabiskan tiga tahun bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan sehingga ia mendapati kestabilan pada tahun 1890 di kilang padi yang dikendalikan oleh seorang teman. Pada tahun berikutnya dia berkahwin dengan Tan Sioe Nio, dan mempunyai empat orang anak. Lie menerbitkan dua buah buku pada tahun 1890-an dan, pada tahun 1900, menjadi ahli pengasas organisasi Cina Tiong Hoa Hwe Koan, yang ditinggalkan pada tahun 1904. Lie menumpukan pada terjemahannya dan kerja sosial untuk baki hidupnya, sehingga kematiannya akibat tifus pada usia 58 tahun.

18) A. Samad Said

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Isterinya, juga seorang penyair iaitu Salmi Manja yang rajin menulis sajak dan cereka. Daripada cerita ibunya, beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita “Batu Belah batu Bertangkup”.

Pada mulanya, beliau bekerja sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Kemudian, beliau bekerja dengan syarikat Akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan Akhbar Mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah. Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

19) Tun Sri Lanang

Tun Muhammad bin Tun Ahmad atau lebih dikenali dengan gelaran beliau, Tun Seri Lanang (1565–1659) ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu. Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor-Marhum Padang Saujana-Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor ke-11 dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

20) Usman Awang

Usman Awang (12 Julai 1929-29 November 2001) ialah seorang Sasterawan Negara Malaysia. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau ialah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan barangkali lain-lain lagi. Dalam tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”. Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan tersebut. Jika bun

TUGASAN HMT 213 - LAGU SUCI DALAM DEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang sebuah lagu yang tak asing lagi dalam dunia seni sejak zaman 90-an lagi iaitu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim. Walaupun, lagu tersebut sudah lama popular, namun lagu tersebut masih menitir di bibir-bibir remaja masa kini. ★ Makna disebalik lagu Suci Dalam Debu Engkau bagai air yang jernih 🔹Itulah diri kita yang sebenar iaitu roh Di dalam bekas yang berdebu 🔹Jasad atau badan yang asalnya di jadikan dari tanah Zahirnya kotoran itu terlihat 🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain kesucian terlindung jua 🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan diambil peduli Cinta bukan hanya di mata 🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata atau solat Cinta hadir di dalam jiwa 🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih atau zikrullah Biarlah salah di mata mereka 🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat Biar