Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH KETIGA HMT 213 - 19 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah. 

Pada hari ini iaitu 19 September 2018 jam 8 pagi sehingga 9 pagi telah diadakan kuliah ketiga bagi kursus HMT 213 iaitu komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu. Dalam kuliah ini, kami telah diberi arahan oleh Dr. Norsofiah untuk membuat aktiviti bedah artikel. Artikel yang digunakan dalam aktiviti ini tadi bertajuk Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian. Kami diagihkan kepada lima kumpulan dan saya mendapat kumpulan kelima. Kami diberi tajuk tugasan untuk menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara guru 1 dan guru 2. Kami diminta untuk berbincang sesama ahli di dalam kumpulan dan menyenaraikannya. Senarai tersebut perlulah diletak di dalam padlet yang telah disediakan oleh Dr. Norsofiah. Kemudian, seorang wakil dari setiap kumpulan perlu membentang dihadapan dan dirakam oleh seorang rakan lagi. Saya berharap kuliah akan datang memberi saya lebih banyak lagi pengalaman dan pengetahuan. 

Sekian, terima kasih. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai den

TUGASAN HMT 213 - LAGU SUCI DALAM DEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang sebuah lagu yang tak asing lagi dalam dunia seni sejak zaman 90-an lagi iaitu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim. Walaupun, lagu tersebut sudah lama popular, namun lagu tersebut masih menitir di bibir-bibir remaja masa kini. ★ Makna disebalik lagu Suci Dalam Debu Engkau bagai air yang jernih 🔹Itulah diri kita yang sebenar iaitu roh Di dalam bekas yang berdebu 🔹Jasad atau badan yang asalnya di jadikan dari tanah Zahirnya kotoran itu terlihat 🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain kesucian terlindung jua 🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan diambil peduli Cinta bukan hanya di mata 🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata atau solat Cinta hadir di dalam jiwa 🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih atau zikrullah Biarlah salah di mata mereka 🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat Biar

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan tersebut. Jika bun