Assalamualaikum kepada Dr Odi dan Dr Norsofiah.
Alhamdulillah, kita masih lagi dapat sama-sama menjalani kuliah kedua bagi subjek Komunikasi Lisan Bahasa Melayu HMT 213 pada 13 September 2018 yang diadakan di Dewan Kuliah O. Kelas selama 50 minit itu sangat menghiburkan kerana kami membuat satu aktiviti iaitu ice breaking. Ice breaking merupakan suatu permainan yang bertujuan bagi mengenali ahli kumpulan dengan lebih dekat lagi. Oleh kerana kelas HMT 213 telah menggabungkan pelajar dari dua buah negara iaitu Malaysia dan China, hal ini telah menyebabkan terdapat pelbagai jurang yang menyukarkan untuk kami berkenalan antara satu sama lain.
Daripada permainan ice breaking ini, kami dapat mengenali sesama kami dan sekali gus dapat merapatkan hubungan antara dua negara. Pelajar-pelajar dari China sangat memberi kerjasama yang baik. Hal ini telah menyebabkan kelas tersebut gamat dan menyeronokkan termasuklah keletah pensyarah-pensyarah yang santai. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna lagi.
Sekian, terima kasih.
Komentar
Posting Komentar