Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 215 - 21 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Pn. Solakhiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. 

Hari ini iaitu hari Jumaat bersamaan 21 September 2018, kuliah kedua bagi kursus HMT 215 telah dilaksanakan di Makmal Bahasa 1 bersama Pn. Solakhiah. Di awal permulaan kelas, Pn. Solakhiah telah menanyakan soalan tentang makna linguistik dan bahasa. Kami diarahkan untuk menulis jawapan masing-masing di atas sekeping kertas dan dihantar ke hadapan. Pn. Solakhiah telah menayangkan kertas jawapan kami di paparan hadapan supaya semua pelajar dapat melihat jawapan dan berbincang tentang jawapan yang sebenar. 

Maksud linguistik adalah sebuah cabang ilmu yang mempelajari bahasa. Linguistik ini juga merupakan kajian bahasa secara saintifik. Kajian adalah suatu penyelidikan mengenai kebenaran sesuatu perkara. Dalam kaedah penyelidikan, kita perlu mencari bukti untuk membuktikan kebenaran sesuatu fakta. Kaedah saintifik pula perlu membuat eksperimen dan pemerhatian. Di alam persekolah juga, kita telah didedahkan dengan membuat uji kaji ketika subjek sains. 

Bahasa pula merupakan satu objek kajian yang melibatkan pemerhatian untuk mencari sistem bagaimana ia berlaku. Bahasa ini juga milik manusia secara spesifik. Dalam kajian bahasa, terdapat aplikasi yang digunakan untuk mengkaji bahasa iaitu Korpus, Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan perisian. Kami juga didedahkan pengalaman untuk menggunakan Korpus yang diajar oleh Pn. Solakhiah. Saua berharap kelas akan datang dapat memberi saya pengalaman dan pengetahuan dalam mengkaji bidang bahasa. 

Sekian, terima kasih. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu...

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan terseb...

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te...