Assalamualaikum dan salam saya sayang USM kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah.
Kuliah pertama bagi subjek HMT 215 iaitu Literasi Komputer Dalam Bidang Linguistik yang berlangsung di Makmal Bahasa 1 pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi setiap hari jumaat. Dalam tempoh masa 2 jam tersebut, Dr. Odi telah memberikan taklimat mengenai cara bagaimana untuk menggunakan teknologi komputer yang memudahkan kerja harian kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan aktiviti harian kita memerlukan kita untuk menggunakan teknologi moden seperti gajet. Kami diminta untuk membawa komputer riba bagi memudahkan pengajaran disampaikan secara jelas.
Selepas kelas HMT 215, Dr. Odi memberikan maklumat penggunaan teknologi dalam Bengkel Kemahiran Menggunakan Teknologi sehingga jam 12 tengah hari. Kehadiran pelajar senior yang juga bermajorkan pengajian bahasa Melayu memeriahkan lagi suasana bengkel tersebut. Pensyarah juga menayangkan video yang telah dibuat oleh pelajar senior yang dimuat naik di akaun Youtube.
Saya berharap kuliah HMT 215 akan datang dapat memberi pengetahuan yang mendalam mengenai penguasaan penggunaan teknologi terkini.
Sekian, terima kasih.
Komentar
Posting Komentar