Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.
Pada hari ini, Dr. Odi telah membahagikan kumpulan untuk membuat dua tugasan iaitu memberi markah kepada setiap tugasan yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan kecil dan setiap tiga kumpulan perlu membuat bicara berirama tentang tema pemartabatan bahasa Melayu di USM. Saya merupakan ahli kumpulan 5 bersama beberapa lagi ahli yang lain. Kemudian, Dr. Odi memberi ulasan tentang persembahan lisan kami semalam 😅 saya berasa sungguh berdebar kerana saya kecewa dengan persembahan saya. Selepas itu, kami diberi tugas untuk mengetahui makna dan sebutan nama bagi setiap ahli kelas HMT 213 termasuk pelajar Cina. Hal ini sangat menyukarkan saya kerana saya sangat lemah dalam menghafal nama orang dan mengecam muka seseorang itu. Saya berharap esok nasib saya baik dan tidak dikenakan denda belanja satu kelas nasi lemak.
Selepas itu, kami diminta untuk menghadiri program Pameran Penterjemahan yang dilaksanakan oleh pelajar Bahasa, Terjemahan dan Interpretasi (BATI). Mereka diberi masa tempoh setahun untuk menterjemah satu buku bahasa Melayu kepada bahasa lain seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris dan sebagainya. Saya dan rakan-rakan telah berbual dengan seorang peserta program tersebut yang menterjemah buku kanak-kanak iaitu koleksi kisah rakyat yang berbahasa Melayu kepada bahasa Cina. Saya mendapati tugasan tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya berbangga dengan mereka kerana berjaya menyiapkan tugasan mereka dengan jayanya.
Sekian, terima kasih 💐
Komentar
Posting Komentar