Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan seperjuangan sekalian.
Pada hari tutorial tersebut, kami perlu membuat persembahan lisan : formal. Kami perlu menghafal skrip yang telah kami sediakan. Saya memilih tajuk 'Gejala Buang Anak Luar Nikah'. Tajuk tersebut sangat relevan dengan masa kini kerana kes ini masih lagi berlaku di Malaysia walaupun telah banyak inisiatif yang dilaksanakan untuk mengatasinya.
Saya merasakan tajuk tersebut agak mudah untuk dibahaskan dan dibincangkan namun akibat perasaan gementar yang terlalu mendalam telah menyebabkan persembahan saya agak kucar-kacir. Saya tidak berpuas hati dengan pembentangan saya pada hari tersebut kerana saya tahu saya boleh buat dengan lebih baik lagi. Saya berharap aktiviti tutorial akan datang dapat dilaksanakan dengan usaha yang terbaik.
Sekian, terima kasih 🌷
Komentar
Posting Komentar