Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.
Pada 1 november lalu iaitu pada hari khamis telah bermula kuliah komunikasi lisan yang dikelola oleh Dr. Odi. Dr. Odi seperti biasa menyuruh kami menyediakan sebuah kertas A4 yang bertulis nama penuh besar-besar dan dilipat sebanyak 16 bahagian. Saya sudah agak akan ada aktiviti yang akan dilakukan pada kelas tersebut, ternyata benar jangkaan saya. Kami perlu membuat tugasan spontan mengenai lirik lagu Suci Dalam Debu. Saya sangat takut jika nama saya dipanggil kerana suara saya yang perlahan menjadi penghalang untuk aktiviti ini. Namun, jika nama saya dipanggil saya terpaksa untuk belajar menguatkan suara. Tetapi, saya betul-betul enjoy dengan kelas Dr. Odi kerana gelagat beliau yang begitu bersahaja membuatkan saya berasa kurang malu. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi ilmu baru.
Sekian, terima kasih 🍀
Komentar
Posting Komentar