Langsung ke konten utama

REFLEKSI PERJALANAN MENGHADAP KEMATIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Hari ini saya ingin menceritakan tentang suatu perjalanan menghadap kematian yang saya pernah hadapi sebelum ini. Peristiwa ini bermula apabila tiga tahun lalu iaitu pada 6 mac 2015, nenek saya telah pergi menghadap pencipta-Nya. Ketika itu, saya berumur 18 tahun dan baru sahaja pulang dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  di Cherating, Pahang. Semasa saya berada di sana, keluarga saya melawat saya sebanyak dua kali dan nenek saya juga datang ketika itu kerana itu adalah kali pertama saya berjauhan dengan nenek. Saya seorang yang susah hendak menceritakan masalah saya kepada orang lain, nenek satu-satunya orang yang saya senang untuk bercerita.

Pada malam sehari sebelum nenek pergi, saya ada mengurut belakang badan nenek dan juga di bahagian kaki. Tetapi apa yang saya terkilan, saya mengurut badan nenek sambil bermain aplikasi Wechat di telefon bimbit saya. Jika saya tahu malam itu adalah malam terakhir saya bersama nenek, pasti saya akan menumpukan perhatian sepenuhnya pada nenek tika itu. Namun, segalanya berlaku tanpa sesiapa tahu. Saya berasa sangat sedih. Pagi jumaat 6 mac 2015, pada pukul 11 pagi saya dikejutkan oleh maksu saya. Maksu mengatakan bahawa nenek saya sakit dan ingin membawanya ke klinik. Tetapi nenek enggan pergi ke klinik kerana nenek mahu mati di rumahnya sendiri dan bukannya di hospital. Beberapa belas minit selepas itu, nenek seperti tidak keruan dan pengsan. Saya ingatkan nenek hanya pengsan sahaja tetapi rupa-rupanya nenek sudah meninggal dunia. Saya bagaikan hendak pitam ketika itu. Kami bergegas bawa ke klinik untuk mengesahkan kematian nenek tercinta. Sampai di klinik, pembantu perubatan telah mengesahkan kematian nenek. Kami bagaikan tidak percaya sama sekali.

Sebelum jenazah nenek dibawa pulang ke rumah, saya mengambil kesempatan untuk terus membersihkan diri dan bersedia untuk menemani nenek di akhir-akhir waktu nenek berada di samping saya. Setibanya jenazah nenek di rumah, saya terus menemani nenek dan membaca surah yaasin berulang kali. Seminit pun saya tidak meninggalkan jenazah nenek. Pengurusan jenazah nenek mudah sekali, berjalan dengan lancar. Meninggal dunia di hari yang mulia memang diidamkan oleh semua orang. Tidak hairanlah kerana nenek memang baik, ramah dengan jiran dan penyayang. Nenek dikebumikan di kampung Felda Mayam, Pahang. Setiap tahun apabila tibanya musim perayaan dan bermulanya bulan ramadhan, kami sekeluarga pasti akan menziarahi pusara nenek.

'Nek, nantikan akak di syurga'

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu...

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan terseb...

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te...