Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Puan solakhiah dan rakan-rakan yang disayangi sekalian.
Pada kuliah ini, Dr. Odi telah memberitahu tentang tugasan yang perlu kami lakukan dalam kursus HMT 215 ini. Antaranya, kami perlu menjayakan satu projek besar iaitu membuat sebuah buku dan menterjemahkan sesuatu buku bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Penterjemahan ini perlu dibuat dalam tempoh masa 2 minggu. Jadi, setiap seorang perlu menterjemah dalam 11 muka surat sahaja. Pada pendapat saya, menterjemah sesuatu bahasa ke dalam bahasa lain bukanlah perkara yang mudah kerana kita perlu mencari frasa atau perkataan yang tepat bagi menggantikan sesuatu perkataan yang ingin diterjemahkan itu. Namun, saya akan cuba berusaha dan membuat sehabis baik dalam tugasan ini. Saya berharap tugasan kali ini dapat memberi pengalaman yang berharga dalam diri saya dan mengasah bakat saya dalam dunia penterjemahan.
Sekian, terima kasih 🍁
Komentar
Posting Komentar