Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Pada tutorial ini, kami ditugaskan untuk membedah satu cerpen yang kami cari di perpustakaan. Oleh itu, saya memilih buku himpunan cerpen Doa Ibu karya Talib Samat dan memetik satu cerpen dari buku tersebut yang berjudul Syawal di Pusara Pak Mentua. Saya membentang di hadapan dengan perasaan yang masih lagi rasa gementar tapi saya tahu saya telah cuba yang terbaik. Cuma Dr. Odi menegur saya kerana saya menggunakan R Inggeris. Saya juga tidak sedar akan hal tersebut kerana bagi saya, saya menyebut R Melayu. Saya berharap tugasan akan datang dapat menjadikan saya lebih yakin lagi.
Terima kasih 🎀
Komentar
Posting Komentar