Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Puan solakhiah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Pada hari jumaat yang berkat ini telah adanya kuliah HMT 215 seperti biasa. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr. Odi. Dr. Odi telah menunjukkan kepada kami 16 core values yang telah dilukis oleh Tuan Zahid dengan hanya menggunakan PowerPoint sahaja. Oleh itu, Dr. Odi telah memberi tugasan kepada kami untuk membuat satu core value dengan menggunakan PowerPoint. Satu kumpulan diwakili oleh 2 orang, jadi saya dan Nabila telah memilih 'diligence value'. Di dalam gambar tersebut ada gambar orang yang sedang ingin menangkap lebah menggunakan jaring. Saya dan Nabila telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Melalui aktiviti ini, saya belajar bagaimana cara untuk membuat gabungan bentuk-bentuk dengan hanya menggunakan PowerPoint sahaja. Saya berharap aktiviti akan datang dapat menambahkan pengalaman dan ilmu mengenai literasi komputer.
Sekian, terima kasih 🐝
Komentar
Posting Komentar