Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Niza dan sahabat seperjuangan sekalian.
Kuliah bagi kursus Fonetik HMT 211 yang seperti biasa diadakan di Dewan Kuliah G telah gamit apabila kami diminta untuk membawa sehelai selendang, tudung atau kain tuala kecil ke kelas pada malam tersebut. Kami tertanya-tanya apakah tujuannya kain tersebut dibawa dan apa kaitannya terhadap kelas fonetik ini. Rupa-rupanya kami diminta untuk membuat satu tugasan iaitu menunjukkan cara mengajar sebutan huruf konsonan dan huruf vokal kepada pelajar kurang upaya. Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli, seorang ahli perlu menjadi pengajar, seorang lagi menjadi tukang rakam video pengajaran dan seorang lagi perlu menutup mata menggunakan kain tersebut supaya kelihatan seperti pelajar kurang upaya yang tidak dapat melihat alam sekeliling. Kami membuat tugasan tersebut dengan sangat teliti dan bersungguh-sungguh. Ahli kumpulan saya ialah Nurul Nabila dan Nur Farahida Farhana. Kami bertiga berkerjasama untuk menyiapkan tugasan tersebut walaupun terdapat banyak kekeliruan kerana ini adalah kali pertama kami ditugaskan untuk mengajar orang kelainan upaya untuk menyebut sesuatu perkataan. Tugasan ini agak susah dan bukan perkara yang mudah. Saya tabik dengan guru-guru pendidikan khas di luar sana kerana berjaya mendidik pelajar kurang upaya. Saya memilih huruf konsonan [B] dan huruf vokal [a].
Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi saya input yang berguna lagi dalam ilmu fonetik yang maha luas.
Sekian, terima kasih 🌸
Komentar
Posting Komentar