Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH KESEPULUH HMT 213 - 11 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Hari ini merupakan kuliah kesepuluh bagi kursus HMT 213 yang diadakan di Dewan Kuliah O selama satu jam bermula dari 8 pagi sehingga 9 pagi. Waktu kuliah yang singkat ini dipenuhi dengan perkongsian ilmu oleh Dr. Norsofiah mengenai aspek pendengaran dalam komunikasi. Dr. Norsofiah telah menayangkan dua lagi video mengenai 'stand comedy' oleh Harith Iskandar dan juga Douglas Lim. Apabila melihat dua video tersebut, kami telah tergelak besar kerana kami memahami lawak yang terdapat dalam video tersebut. Hal ini kerana kedua-dua mereka itu ialah orang Malaysia dan lawak yang digunakan juga sesuai dengan masyarakat Malaysia. Oleh itu, lawak yang mereka buat telah menarik perhatian masyarakat Malaysia seperti kami untuk mendengar video tersebut di YouTube. Selepas itu, kami perlu menjawab soalan quiz secara atas talian di laman sesawang Quizizzz iaitu di www.quizizz.com.my. Saya hanya betul tiga soalan sahaja daripada 9 soalan kerana saya begitu cuai sehingga soalan yang mudah juga saya salah ketika menjawab.

Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam lagi.

Sekian, terima kasih 🌹

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai den

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan tersebut. Jika bun

TUGASAN HMT 213 - LAGU SUCI DALAM DEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang sebuah lagu yang tak asing lagi dalam dunia seni sejak zaman 90-an lagi iaitu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim. Walaupun, lagu tersebut sudah lama popular, namun lagu tersebut masih menitir di bibir-bibir remaja masa kini. ★ Makna disebalik lagu Suci Dalam Debu Engkau bagai air yang jernih 🔹Itulah diri kita yang sebenar iaitu roh Di dalam bekas yang berdebu 🔹Jasad atau badan yang asalnya di jadikan dari tanah Zahirnya kotoran itu terlihat 🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain kesucian terlindung jua 🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan diambil peduli Cinta bukan hanya di mata 🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata atau solat Cinta hadir di dalam jiwa 🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih atau zikrullah Biarlah salah di mata mereka 🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat Biar