Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Odi serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Hari ini merupakan kuliah kelapan bagi kursus HMT 213. Di awal permulaan kuliah, Dr. Norsofiah telah menunjukkan satu video mengenai taboo iaitu pantang larang yang masih lagi dipercayai di Malaysia. Taboo ini masih relevan sehingga kini kerana terdapat banyak rasional di sebalik pantang larang tersebut. Selepas itu, kami perlu menulis dua soalan di atas sekeping kertas kajang dan perlu memberi kepada orang di belakang untuk dijawab. Saya mendapat satu soalan daripada seorang pelajar perempuan dari China yang menanyakan apakah lagi pantang larang yang digunakan di Malaysia?
Seterusnya, Dr. Norsofiah menulis nama di paparan hadapan untuk membuat satu permainan iaitu permainan roda impian. Jika roda tersebut berhenti pada nama tersebut, tuan empunya nama perlu membaca jawapannya mengenai dua soalan tadi. Selepas itu, kami perlu menjawab enam soalan di atas talian dalam laman web www.kahoot.it.com. Enam soalan tersebut pula merupakan soalan mengenai Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi Dalam Komunikasi Lisan
Bahasa Arab. Saya berharap kuliah pada masa akan datang dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang lebih lagi.
Sekian, terima kasih 🌼
Komentar
Posting Komentar