Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH KESEMBILAN HMT 213 - 10 OKTOBER 2018

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada pensyarah yang tidak penat mencurahkan ilmu dan bakti iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Pada hari ini iaitu hari Rabu bersamaan 10 Oktober 2018, kuliah telah diteruskan dengan berbincang tentang aspek komunikasi yang perlu diambil kira iaitu aspek pendengaran. Aspek pendengaran ini berkait dengan proses mendengar. Semasa kuliah dijalankan, Dr. Norsofiah telah menayangkan sebuah video di Youtube iaitu video 'stand comedy' oleh Kevin Hart yang sangat dikenali dengan lawak komedinya dalam kalangan masyarakat Barat. Video tersebut tidak mempunyai sarikata atau 'subtitile' membuatkan kami agak tercengang ketika mendengar bait-bait percakapannya kerana sebutan beliau yang agak laju membuatkan kami tidak faham lawak yang ingin disampaikan sementara penonton di dalam video tersebut telah ketawa terbahak-bahak. Rupa-rupanya kami hanya 'hear' dan bukan 'listen'.  'Hear' ialah kita hanya mendengar sahaja bunyi-bunyi seperti suara orang bercakap dan sebagainya manakala, 'listen' pula ialah kita mendengar dan memahami apa yang penutur ingin sampaikan. Dalam kuliah ini, baru saya faham mengenai perbezaan antara dua perkataan tersebut yang nampak sama tapi berbeza.

Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi pengalaman dan ilmu yang berguna lagi mengenai komunikasi.

Sekian, terima kasih 🌸

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu...

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan terseb...

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te...