Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah yang tidak jemu mengajar iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian yang tidak jemu belajar.
Pada hari khamis iaitu 18 Oktober 2018, kami banyak melakukan quiz di atas talian iaitu di mentimeter dan juga kahoot. Kedua-dua quiz atas talian ini berdasarkan tajuk komunikasi bukan verbal. Quiz tersebut diadakan bagi mengukuhkan kefahaman kami mengenai komunikasi bukan verbal ini. Pada hari ini juga, baru saya mengetahui bahawa pakaian dan warna juga merupakan satu komunikasi bukan verbal. Sebagai contoh, wanita yang memakai skirt akan dianggap sebagai seorang model dan pakaian yang berwarna hitam dianggap sebagai pakaian formal.
Saya berharap kuliah akan datang dapat memberikan input yang berguna dan boleh saya praktikkan di dalam dunia yang sebenar.
Sekian, terima kasih ✨
Komentar
Posting Komentar