Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH KEEMPAT DAN TUTORIAL HMT 215 - 5 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah HMT 215 yang tidak lelah mencurahkan ilmu iaitu Dr. Odi dan Puan Solakhiah serta rakan-rakan sekalian yang banyak membantu.

Hari ini yang bertarikh 5 Oktober 2018 bersamaan dengan hari Jumaat telah dilaksanakan kuliah keempat bagi kursus ini. Pada hari ini juga dijalankan tutorial bagi pembinaan korpus menggunakan komputer. Di awal permulaan kelas telah adanya quiz berkaitan dengan empat tajuk artikel yang perlu dibaca mengenai kajian lepas. Kami perlu menjawab dengan jujur dan amanah. Bagi saya, soalan tidak terlampau susah jika kita betul-betul membaca dan memahami artikel tersebut.

Selepas quiz selesai, Puan Solakhiah meminta kami untuk membuka komputer di Makmal Bahasa 2 atau komputer riba milik sendiri bagi membina korpus secara amali. Kami diasingkan mengikut waktu tutorial jadi, terdapat tiga kumpulan waktu tutorial yang berbeza. Saya tergolong daripada kumpulan tiga iaitu waktu tutorial jam 12 tengahari sehingga 1 petang. Kumpulan pertama perlu mengambil jurnal linguistik, kumpulan kedua mengambil jurnal bahasa dan kumpulan saya perlu mengambil jurnal melayu untuk dijadikan sebagai bahan bagi membina sebuah korpus.

Cara-cara pembinaan korpus ialah kita perlu menyalin semua jilid dan artikel yang terdapat dalam jurnal tersebut namun, hanya teks yang perlu disalin atau 'copy'. Simbol, imej dan sebagainya perlu dibuang. Teks tersebut perlu di'paste'kan di Microsoft word terlebih dahulu sebelum 'copy and paste' semula di Notepad. Di Notepad tersebut akan kelihatan sebaris ayat yang panjang hingga ke bahagian bawah. Akhir sekali, Notepad daripada setiap ahli kumpulan perlu digabungkan menjadi satu sahaja.

Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi pengetahuan yang baru dan lebih menyeronokkan. Sekian, terima kasih 💦

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu...

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan terseb...

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te...