Langsung ke konten utama

REFLEKSI TUGASAN MINGGU 7 - HMT 213

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Pada minggu ke-7, kuliah tidak dapat dijalankan seperti biasa berikutan musim konvokesyen yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). Oleh itu, Dr. Norsofiah telah memberi dua tugasan untuk dilaksanakan pada minggu tersebut.

Tugasan yang pertama ialah setiap kumpulan yang terdiri daripada 3 ahli kumpulan perlu menemubual seorang graduan PhD yang menerima ijazah doktor falsafah pada hari Selasa bersamaan dengan 23 November 2018. Ahli kumpulan kami terdiri daripada saya, Nursyuhada binti Mohamad Jazni dan Safiah. Kami telah menemubual seorang graduan yang menerima ijazah doktor falsafah Perumahan,  pembangunan dan Perancangan (HBP). Video tersebut perlu dimuatnaik di akaun YouTube. Nama beliau ialah Nurul Zahirah Binti Mokhtar Aziz. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian beliau di peringkat ijazah doktor falsafah dengan jayanya. Kami telah menanyakan beliau dengan tiga soalan iaitu apakah perubahan yang beliau alami dalam kehidupan beliau setelah berjaya sehingga ke tahap ini, nasihat kepada pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dan siapakah yang menjadi pendorong untuk beliau berjaya seperti sekarang. Soalan-soalan ini dijawab dengan penuh yakin oleh beliau. Hal ini telah menyentuh hati saya dan memberi inspirasi kepada saya agar lebih kuat untuk mengejar kejayaan kelak.

Tugasan yang kedua pula ialah setiap individu perlulah membincangkan satu isu dan perlu menyelitkan beberapa pantun yang berkaitan dengan isu yang diperkatakan. Tugasan itu juga perlu dibuat ketika membuat live di laman sosial Facebook di kumpulan HMT 213. Video live saya berdurasi 6 minit. Isu yang saya pilih untuk tugasan ini ialah isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Di dalam live tersebut, saya menerangkan tentang maksud LGBT dan maksud di setiap istilah tersebut. Setiap istilah itu saya selitkan dengan serangkap pantun yang berkaitan. Melalui live ini, saya mendapat pengalaman berkomunikasi secara maya dengan audiens. Saya juga belajar bagaimana untuk mereka dan membaca pantun dengan baik.

Saya berharap saya dapat menimba ilmu dan pengalaman yang lebih menarik lagi dalam kursus ini.

Sekian, terima kasih 🌺

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu...

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan terseb...

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te...