Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah-pensyarah HMT 213 iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Kuliah hari ini berjalan seperti biasa tetapi ada kelainan sedikit kerana Dr. Odi membelanja kami nasi lemak dan kuih-muih kerana Dr. Odi datang lewat pada kuliah semalam. Semoga rezeki Dr. Odi diberkati oleh-Nya. Pada kuliah ini, Dr. Odi telah menerangkan tentang tugasan yang perlu kami lakukan dalam kelas tutorial minggu hadapan iaitu kami perlu membentang seperti biasa namun boleh membawa teks tetapi hanya sebagai panduan. Kami diminta untuk membangkitkan isu-isu masyarakat.
Selain itu, aktiviti yang kami jalankan hari ini juga ialah bagi membiasakan diri untuk menggerakkan badan ketika membentang. Jadi, Dr. Odi menyuruh kami membuat pergerakan sambil menyanyikan lagu kanak-kanak iaitu lagu tepuk amai-amai. Saya berasa sangat gembira kerana kelas tersebut sangat santai dan dapat mengajar kita bagaimana cara untuk membebaskan pergerakan badan ketika membentang dan berucap di hadapan. Kami juga perlu menyanyi, menari dan pada masa yang sama merakam suasana termasuk muka kami sendiri. Hal ini telah membuatkan kami terpaksa bergerak 360 darjah. Saya merasakan bahawa cara ini sangat berkesan.
Sekian, terima kasih 🎊
Komentar
Posting Komentar