Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH MINGGU 13 HMT 215 - 7 DISEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi dan Dr. Norsofiah serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.

Kuliah pada Jumaat yang penuh berkat ini dimulakan dengan Dr. Odi memanggil nombor bilangan dalam kelas dan pemegang nombor tersebut akan kehadapan bersama kumpulannya untuk menayangkan video tutorial penggunaan perisian Antconc. Oleh itu, kumpulan saya juga perlu menunjukkan video tutorial kami. Dr. Odi juga memberitahu untuk membaikpulih video kami agar boleh difahami oleh pelajar OKU penglihatan dan OKU pendengaran.

Selepas itu, dalam kumpulan yang sama kami diminta untuk membuat video bagaimana cara untuk menggunakan satu lagi perisian iaitu Atlas. Perisian ini boleh digunakan dengan mudah tetapi kumpulan kami masih lagi kabur-kabur dan kurang faham kaedah penggunaanya. Pada minggu hadapan pula, kami perlu membuat Baby Coding untuk kanak-kanak yang berumur bawah 7 tahun.

Seterusnya sebelum sempat kami menemui jalan untuk menggunakan Atlas tersebut, kami perlu menyertai program Ceramah Terjemahan dan Interpretasi (CTI). Melalui program ini, penceramah banyak menyentuh tentang parateks dan terjemahan. Banyak contoh yang telah dipaparkan supaya kami mendapat gambaran jelas tentang buku atau teks yang telah diterjemahkan. Contohnya, penceramah menunjukkan contoh buku yang menggunakan tajuk yang panjang dan pendek, persamaan penggunaan latar belakang kulit buku, ciri-ciri corak yang digunakan seperti menyerupai kitab suci Al-Quran dan Bible. Dalam program ini, saya mendapat banyak pengetahuan yang baru mengenai proses penterjemahan dan apa itu parateks. Saya berharap kuliah akan datang dapat memberi ilmu yang lebih lagi.

Sekian, terima kasih 💜

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu...

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan terseb...

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te...