Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Norsofiah dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Kuliah hari ini dimulakan apabila Dr. Odi membelanja kami sarapan pagi roti canai di kedai mamak Subaidah. Semoga rezeki Dr. Odi melimpah ruah dan diberkati. Apabila tiba sahaja di makmal bahasa, Dr. Odi memberi arahan agar berpecah kepada dua bahagian iaitu nombor bilangan dalam kelas yang ganjil dan nombor bilangan kelas yang genap. Selepas itu, kami perlu mengira dari nombor satu hingga sepuluh dan perlu membuat satu kumpulan mengikut nombor. Saya merupakan ahli dalam kumpulan 5 bersama-sama tiga orang lagi rakan iaitu Puteri Nadia, Afini dan juga Atika. Kami ditugaskan untuk membuat analisis terhadap satu berita yang terdapat dalam Berita Harian, Harian Metro, Utusan Online dan Sinar Harian menggunakan perisian Antconc yang perlu dimuatnaik ke dalam komputer. Kami berempat juga perlu membuat satu tutorial bagaimana untuk membuat analisis tersebut dengan jelas dan semua fail te...