Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Jong, Dr. Khaidir dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Pada kelas 6 Mac 2019 bersamaan dengan hari Rabu, kami telah diberikan pencerahan tentang Asas dan Model Penulisan Kumpulan. Kami telah belajar mengenai cara untuk membuat jurnal dengan teliti dan menggunakan format yang betul. Dr. Jong juga memberi tunjuk ajar cara untuk menulis penulisan ilmiah iaitu jurnal dengan menunjukkan template jurnal Gema Online dari UKM.
Pada 7 Mac 2019 bersamaan dengan hari Khamis, Dr. Jong telah menegaskan tentang prinsip penulisan ilmiah atau penulisan akademik. Dr. Jong juga menunjukkan jurnal dari dalam dan luar negara. Dr. Jong menunjukkan jurnal dalam Malaysia iaitu dari jurnal Gema Online, UKM dan juga jurnal dari luar negara iaitu Frontiers. Terdapat banyak perbezaan antara jurnal dalam negara dan luar negara. Namun, apa yang saya lihat format jurnal luar negara lebih rumit dan mementingkan ketelitian berbanding jurnal dalam negara.
Saya berharap ilmu pengetahuan mengenai format menulis jurnal ini dapat diaplikasikan dalam tugasan akan datang.
Sekian, terima kasih 🌼
Komentar
Posting Komentar