Langsung ke konten utama

REFLEKSI KULIAH & TUTORIAL MINGGU 4 & 5 HMT 216 : 13 - 14 & 20 - 21 MAC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Jong dan juga Dr. Khaidir serta rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi sekalian.

Kuliah HMT 216 pada minggu keempat iaitu hari Rabu bersamaan 13 Mac 2019, Dr. Jong telah memberikan kuliah tentang tajuk Asas Dan Model Penulisan Ilmiah : Laras Bahasa Penulisan Ilmiah. Dr. Jong menerangkan tentang definisi laras bahasa dan dalam laras bahasa perlulah mengandungi T, B dan K. T bermaksud tujuan, B pula bermakna betul dan K ialah konteks. Di dalam setiap jurnal perlulah menggunakan kosa kata atau istilah yang betul dan spesifik mengikut laras bahasa bidang masing-masing seperti semantik, fonologi dan sebagainya.

Sementara itu, kuliah HMT 216 pada hari khamis iaitu 14 Mac 2019 pula dikelola oleh Dr. Jong dan beliau memberi satu kertas kepada kami untuk mengisi apakah T, B dan K dalam setiap tajuk jurnal berkenaan. Cara ini telah membuatkan kami bertambah faham untuk mencipta tajuk jurnal kami ini. Dr. Jong juga memberitahu jurnal yang baik perlulah sistematik, konseptual dan juga mempunyai prosedur metodologi yang jelas.

Dalam kuliah HMT 216 pada hari Rabu bersamaan dengan 20 Mac 2019, Dr. Jong telah memberitahu tentang penyeragaman format jurnal iaitu kami semua perlu menggunakan template jurnal dari Gema Online UKM untuk tugasan jurnal kami. Selain itu, Dr. Jong juga memberi pencerahan tentang prosedur-prosedur yang terdapat dalam metodologi kajian yang perlu kami ikut dan kami perlu menghantar tugasan tersebut pada minggu ketujuh iaitu minggu sebelum minggu cuti pertengahan semester. Ini bermakna, dalam tempoh 2 minggu kami perlu menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Selesai berbincang tentang tugasan berkumpulan ini, Dr. Jong memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk 'Panduan Penulisan Majalah Pelita Bahasa'.  Sementara itu, Dr. Jong juga memberi gambaran dan contoh tentang tajuk-tajuk yang boleh kami gunakan untuk tugasan kami yang kedua iaitu tugasan membuat makalah untuk dimuatkan dalam majalah Pelita Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kuliah khamis bersamaan dengan 21 Mac 2019 pula, Dr. Jong telah membuat satu pengumuman bahawa projek kedua ini juga dilakukan secara berkumpulan kerana ingin mengurangkan beban kami. Saya sangat menghargai pertimbangan para pensyarah. Dr. Jong sekali lagi memberi gambaran tentang tajuk yang boleh kami pilih sebagai tajuk tugasan kami namun Dr. Odi memarahi kami kerana kami tiada usaha untuk mencari contoh di dalam Majalah Pelita Bahasa atau pun Dewan Bahasa. Saya dan rakan sekelas ingin memohon maaf kepada Dr. Odi, Dr. Jong dan juga Dr. Khaidir kerana gagal mencari bahan-bahan tersebut sebelum kuliah bermula. Oleh sebab itu, Dr. Odi menyuruh kami untuk mencarinya di Perpustakaan Hamzah Sendut 2 yang berhampiran dengan Pusat Eureka dan selfie bersamanya. Setelah selesai kuliah pada hari itu, kami pergi ke masjid untuk berlakon drama pendek dan terus pergi ke PHS 2 untuk mencari kedua-dua majalah yang dipinta oleh Dr. Odi.

Di dalam kelas tutorial HMT 216 pula, Dr. Jong dan Dr. Khaidir telah membaca dan menyemak jurnal yang telah kami siapakan sama ada ianya betul atau tidak. Bagi kumpulan saya, Dr. Jong dan Dr. Khaidir membetulkan cara menulis dan ayat yang lebih sesuai dalam menulis objektif dan juga metodologi kajian dalam sesuatu jurnal.

Saya berharap kuliah akan datang dapat menambahkan lagi ilmu saya yang tidak seberapa ini dalam bidang penulisan.

Sekian, terima kasih 🌼

Komentar

Postingan populer dari blog ini

TOKOH LINGUISTIK TEMPATAN - HMT 215

1) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar Nama beliau ialah Prof.Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Beliau lahir pada tarikh 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau kini menetap di No.3, Jln 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Jitra, Kedah pada tahun 1946 sehingga 1949 dan Kampong Baharu Girls School, Alor Setar pada tahun 1950 sehingga tahun 1951. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau mendapat pendidikan di Malay Girls College, Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga 1958. Beliau terus melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961 dan Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1963. Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai den

BUNYI ASPIRATED DALAM LAGU KISAH KU INGINKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang bunyi aspirated dan bunyi tersebut yang terkandung dalam lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan Alif Satar iaitu Kisah Ku Inginkan. Maksud perkataan aspirated adalah disebut dengan bunyi huruf ‘h’, bunyi huruf ‘h’, melafazkan huruf h dengan hembusan nafas. Aspirated bermaksud bunyi yang disertai oleh satu hembusan udara yang mengikutinya ketika diucapkan sesuatu perkataan atau huruf. Aspirated biasanya terjadi apabila seseorang menyebut perkataan yang mengandungi huruf  /p/ t/ k/ kha/ dan lain-lain. Seperti yang boleh kita dengar daripada lagu Kisa Ku Inginkan ini telah menunjukkan kedua-dua penyanyi ini banyak mengeluarkan bunyi aspirated. Contohnya pada lirik 'telah ku tentukan arah' telah menjadi seperti 'thelahku thenthukan arah'. Hembusan angin telah dkeluarkan ketika menyebut bunyi /t/. Bunyi aspirated ini sebanyak sedikit mengganggu bunyi asal perkataan tersebut. Jika bun

TUGASAN HMT 213 - LAGU SUCI DALAM DEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang sebuah lagu yang tak asing lagi dalam dunia seni sejak zaman 90-an lagi iaitu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim. Walaupun, lagu tersebut sudah lama popular, namun lagu tersebut masih menitir di bibir-bibir remaja masa kini. ★ Makna disebalik lagu Suci Dalam Debu Engkau bagai air yang jernih 🔹Itulah diri kita yang sebenar iaitu roh Di dalam bekas yang berdebu 🔹Jasad atau badan yang asalnya di jadikan dari tanah Zahirnya kotoran itu terlihat 🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain kesucian terlindung jua 🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan diambil peduli Cinta bukan hanya di mata 🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata atau solat Cinta hadir di dalam jiwa 🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih atau zikrullah Biarlah salah di mata mereka 🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat Biar