Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2019

REFLEKSI KULIAH MINGGU 6 HMT 216 : 27 & 28 APRIL 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Ivy dan Dr. Khaidir serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kuliah kursus Penulisan Ilmiah HMT 216 pada minggu keenam berjalan seperti biasa pada hari Rabu bersamaan 27 April 2019. Pada hari tersebut, kuliah diambil alih oleh Dr. Khaidir dan beliau telah menerangkan tentang panduan penulisan majalah Dewan Bahasa. Dr. Khaidir telah memberi pencerahan tentang format yang digunakan oleh pihak Dewan Bahasa dan menyarankan kami untuk memilih tajuk bagi tugasan berkumpulan kami. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih bahagian daripada Peristiwa Bahasa dan ingin menulis tentang program Wacana Linguistik yang bakal diadakan pada hari Jumaat oleh Dr. Ivy. Tajuk artikel bagi kumpulan kami ialah Wacana Linguistik : Impak Kepada Penyuburan Linguistik Bahasa Melayu. Kami memilih tajuk ini kerana bagi kami, program tersebut banyak memberi impak positif dalam perluasan ilmu bahasa kami. Seterusnya kuliah pada hari Khamis bersamaan 28 April te

REFLEKSI KULIAH & TUTORIAL MINGGU 4 & 5 HMT 216 : 13 - 14 & 20 - 21 MAC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Jong dan juga Dr. Khaidir serta rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi sekalian. Kuliah HMT 216 pada minggu keempat iaitu hari Rabu bersamaan 13 Mac 2019, Dr. Jong telah memberikan kuliah tentang tajuk Asas Dan Model Penulisan Ilmiah : Laras Bahasa Penulisan Ilmiah. Dr. Jong menerangkan tentang definisi laras bahasa dan dalam laras bahasa perlulah mengandungi T, B dan K. T bermaksud tujuan, B pula bermakna betul dan K ialah konteks. Di dalam setiap jurnal perlulah menggunakan kosa kata atau istilah yang betul dan spesifik mengikut laras bahasa bidang masing-masing seperti semantik, fonologi dan sebagainya. Sementara itu, kuliah HMT 216 pada hari khamis iaitu 14 Mac 2019 pula dikelola oleh Dr. Jong dan beliau memberi satu kertas kepada kami untuk mengisi apakah T, B dan K dalam setiap tajuk jurnal berkenaan. Cara ini telah membuatkan kami bertambah faham untuk mencipta tajuk jurnal kami ini. Dr. Jong juga memberitahu jurnal y

REFLEKSI KULIAH MINGGU 3 HMT 216 : 6 -7 MAC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Jong,  Dr. Khaidir dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada kelas 6 Mac 2019 bersamaan dengan hari Rabu, kami telah diberikan pencerahan tentang Asas dan Model Penulisan Kumpulan. Kami telah belajar mengenai cara untuk membuat jurnal dengan teliti dan menggunakan format yang betul. Dr. Jong juga memberi tunjuk ajar cara untuk menulis penulisan ilmiah iaitu jurnal dengan menunjukkan template jurnal Gema Online dari UKM. Pada 7 Mac 2019 bersamaan dengan hari Khamis, Dr. Jong telah menegaskan tentang prinsip penulisan ilmiah atau penulisan akademik. Dr. Jong juga menunjukkan jurnal dari dalam dan luar negara. Dr. Jong menunjukkan jurnal dalam Malaysia iaitu dari jurnal Gema Online, UKM dan juga jurnal dari luar negara iaitu Frontiers. Terdapat banyak perbezaan antara jurnal dalam negara dan luar negara. Namun, apa yang saya lihat format jurnal luar negara lebih rumit dan mementingkan ketelitian berbanding jurnal dalam negara. S